14Nov

Adobe Melancarkan Kedai Atas-Talian Rasmi Untuk Malaysia

Perisian

Hari ini, Adobe Systems, pengeluar pelbagai aplikasi popular seperti Adobe Photoshop, Adobe After Effects, Adobe Flash dan pelbagai aplikasi lain lagi secara rasminya telah mengumumkan pelancaran kedai atas talian mereka untuk rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Dengan pelancaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna tempatan turut sama menikmati kemaskini semasa aplikasi Adobe dan membelinya bersama-sama pelancaran globalnya.

Melalui kedai atas-talian Adobe khas untuk Malaysia itu, para pengguna boleh melakukan pembelian tanpa was-was, dan memastikan mereka mendapat hak milik asli, dan bukannya palsu atau tiruan. Selain itu, melalui kedai atas-talian yang diperkenalkan, Adobe menawarkan muat-turun digital dan juga penghantaran dalam bentuk fizikal.

Mungkin dengan adanya kedai atas-talian daripada Adobe, Apple dan yang lain, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak jenama turut sama memberikan perhatian kepada rantau Asia Tenggara ini, terutamanya Malaysia.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat produk Adobe yang ditawarkan, anda boleh melihatnya terus melalui halaman rasmi Adobe Store Malaysia.


Adobe Melancarkan Creative Suite 5
Opera Untuk Tablet Bakal Di Perkenalkan
Mozilla Melancarkan Firefox 8 Untuk Windows, Linux, Mac Dan Juga Android
Kod Sumber Symbian^3 Tersebar - Kemungkinan Android Ke Peranti Nokia Tinggi?
Paparan Antaramuka HTC Sense 4.0 Mula Kelihatan

6 Komen

  1. AMR pada 14 Nov 2011

    wau.. Adobe pun dah ada online store. terbaik!

  2. Mejuez pada 14 Nov 2011

    Jenuh nak download kalau internet taraf cikai pelahannya….

    Adobe ttp dihati…. =)

  3. Beburung pada 14 Nov 2011

    Ada edu discount tak? Macam dulu beli CS4 ada edu discount tp just untuk design premium.

  4. Tak Tahu pada 14 Nov 2011

    Wah.. mmg bestla mcm nie.. tapi sekarang nie tgh tunggu Microsoft Malaysia store back Online.. sng sikit nak membeli belah. :)

  5. pedangmujahid pada 14 Nov 2011

    best…. sebelum ni beli kena tunggu 2 minggu baru software sampai.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader