18Nov

Amazon Bakal Menceburi Industri Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan?

Gajet, Web 2.0

Amazon merupakan salah satu nama besar dalam penjualan beberapa buah produk, dan salah satunya adalah buku. Beberapa bulan yang lepas, mereka turut sama telah memperkenalkan keluarga tablet sepenuhnya, menambah lagi portfolio dibawah mereka, dan kini dilaporkan yang mana Amazon turut sama akan mengeluarkan telefon pintar mereka tidak lama lagi.

Ia disasarkan Amazon bakal memperkenalkan telefon pintar tersendiri pada suku tahun ke-empat 2012 kelak. Memandangkan sebelum ini, Kindle Fire menggunakan Android yang diubah-suai sebagai platformnya, mungkin kita akan dapat perkara sama pada telefon pintar ini, apatah lagi Amazon sendiri mempunyai beberapa perkhidmatan untuk pengguna Android, dan salah satunya adalah Amazon AppStore. Sebelum ini, ia pernah turut diura-ura akan yang mana Amazon mungkin mengambil-alih webOS.

Namun segala perkara mungkin masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin kita akan mengetahui lebih banyak mengenai perkara ini


Iklan Pertama Produk Baru P1-Intel Kelihatan
TechCrunch Di Ambil-Alih Oleh AOL
Platform Pilihan Nokia Bakal Diumumkan Jumaat Ini
Sony Mengambil-Alih Pegangan Ericsson Di Dalam Sony Ericsson
Nokia Bakal Menjual Subsidiari Mereka - Vertu?

11 Komen

  1. azrijohan pada 18 Nov 2011

    makin bertambah persaingan la nampaknya

  2. Syukri Lajin pada 18 Nov 2011

    nak tanya.. kindle fire tu dah keluar ke belum kat malaysia? harga 1k lebih ek? tengok kindle yg biasa pun dah 400-500..

  3. ciklah pada 18 Nov 2011

    sekali baca ingat amanz nak keluarkan telefon pintar..hehe

  4. Mejuez pada 18 Nov 2011

    Raksasa bisnes internet mara kehadapan lagi…. bagus2 itu tindakan mereka dan peluang mereka…

    kita je blom lagi nak menjenamakan produk elektronik bertaraf dunia….bila laaa agaknya kan?’

  5. Fikri Adhiey pada 18 Nov 2011

    Pasni Dr Rozmey plak nak wat smartphone. iaitu RozmeyPhone yang didatangkan dengan Android Ice Cream Sandwich padanya. Cip pemprosesan 1.5Ghz, kamera 12 megapiksel dan disokong dengan auto mushroom focus pada camera.

    • Aarol Azol pada 18 Nov 2011

      +

    • RoyAkatsuki pada 18 Nov 2011

      errr,cip pemprosesan 1.5ghz tu quad core kan?bangga dgn dR Rozmey.

    • lolipop_aiskrim pada 18 Nov 2011

      mantap….sok cover body hp tu mst ade jus dr-5..;p

  6. Lebai pada 18 Nov 2011

    +++

  7. satuduatiga pada 18 Nov 2011

    Mmg best bila dengar amazon nak keluar smartphone, TP officially in US only…

  8. zerous pada 19 Nov 2011

    Amanzon kahkahkah… saje at laak.jgn mare


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader