Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sokongan input suara pada Android telah pun diperkenalkan untuk suatu ketika yang lama. Namun begitu, sehingga kini, kami tidak menggunakannya, mungkin kerana tidak menarik. Walaubagaimanapun, perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi, memandangkan dalam Android 4.0 Ice Cream Sandwich kelak, ia turut sama membawakan sokongan input dalam bahasa Malaysia.
Perkara ini telah dikenal pasti oleh Zulkiffli dari Melayubuntu, dimana beliau sendiri telah menguji perkara tersebut melalui peranti beliau yang dipasang dengan Android Ice Cream Sandwich. Melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan input yang tepat dan bersesuaian dengan apa yang diucapkan.
Adakah dengan fungsi sokongan input suara berbahasa Malaysia ini, kelak kita akan dapat melihat pembangun tempatan mengambil peluang, dengan membangunkan aplikasi bantuan pintar dalam bahasa Malaysia?
32 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tapi bukan bahasa pasar kan? slang2 kelantan sket2 leh detect x?
kah2… kompem x leh nye…
tgk sini..
http://amanz.my/2011/11/input-suara-pada-android-4-0-turut-menyokong-dialek-negeri/
itulah masalahnya device berbahasa melayu, slang2 org kelantan trg, perak confirm x dpt detect…cuma negeri johor dengan selangor je la pakai….
x juga, apa, igt negeri2 yg ada guna loghat tersendiri x boleh ckp bahasa Melayu yg asal ke?Bagi aq, Malay input ni “applies to ALL MALAYSIAN” sbb itu bahasa utama kita, kan?So, bagi yg mmg Malay tu segan le weh, kalau x mampu berbahasa Melayu tanpa slanga…kaum lain pun fasih berbahasa Melayu, malahan lebih baik berbanding orang melayu yang selalu guna bahasa rojak & bahasa pasar…reminders to myself too…
betul. sama mcm english jugak.diorg ade loghat sndiri.tp bila tang pakai voice ni knala pakai bahasa english yg betul.
ni mmg terbaik!
Takda demo ke?
kat soyacincau ada buat demo mase review Galaxy Nexus
Terbaik ni, sebelum ni tak guna sangat pun perisian suara ni..lepas boleh try..
Slanga melayu sabah buli kah? Memang nda buli la tu kan. Apa pun syabas kepada Android kerana sokongan dalam bahasa melayu ni.
android terbaik!
gile la,, terbaik!
menarik gok kalo leh detect slang2 ngri lain.. xlame lg.. hehe
ada video tak?
nanti kami akan cuba buat demo.
pinjam jangan tak pinjam..keke
nantikan
hahahaha.. pinjam untuk wat demo.. terbaek la aman.. full comitment..
+1
aku rasa yg pakai android ni takkan nak slang kot… mestilah yg pakai smartphone ni orang muda. mesti guna BM baku punya… kalau tukang kebun kot la slang. lol
Btol.. ramai org muda.. dlm google translate dah ada vc dlm bm ni.. accurate gak stakat yg aku cubaa..
Yes, better than Siri yg x phm Manglish…Android boleh terima input Bahasa Melayu terus…
Support Bahasa Melayu memang ada.
http://youtu.be/5GxYQAEJUTQ?t=3m50s
+1
mcam sempoi, ckap ala2 a.samad la kita pas ni..hehe
dapat memartabatkan bahasa Melayu yang asal…
ya..berbahasa baku di luar buku…
android ftw
bro aman,nnt post la demo..msti menarik..yeah
marilah gunakan bahasa baku.. aku rasa orang tawau sabah tiada masalah..heheh
sekali bahasa baku je dia dapat detect.
“Mohon tetapkan peringatan untuk saya keluar membeli-belah pukul 3 petang ini” HAHAHA
ade video x?