15Nov

Aplikasi Android Golden Screen Cinemas Diperkenalkan

Perisian

Golden Screen Cinemas merupakan salah satu jaringan panggung wayang popular di Malaysia selain daripada TGV, dan hari ini, GSC secara rasminya telah pun memperkenalkan aplikasi Android rasmi mereka, membolehkan para pengguna melihat tayangan semasa GSC, dan membuat pembelian terus melalui aplikasi tersebut menggunakan peranti mudah-alih Android anda.

Melalui aplikasi GSC untuk Android, ia membawakan sokongan untuk memilih tempat duduk pada sesuatu wayang, dan membeli terusnya melalui telefon pintar mereka, terus melalui akaun Maybank2U. Selain daripada Maybank2U, para pengguna juga boleh menggunakan akaun PayPal, serta membuat pembayaran melalui kad kredit menggunakan integrasi PayPal.

Seterusnya tiket digital juga turut disimpan pada telefon pintar, dimana boleh digunakan untuk memasuki wayang kelak untuk tayangan.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turunnya terus melalui Android Market, dan bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turunnya terus melalui AppStore secara percuma.

Terima kasih Arif Ishak.


Firefox 3.1 Beta 1 Lebih Pantas Dari Chrome
RockMelt - Pelayar Web Khas Untuk Facebook?
Android Honeycomb Bakal Membawakan Pemain Muzik Baru?
Chromium Mencecah Versi Pembangunan 13
Tonton Saluran Televisyen Dan Dengar Radio Tempatan Terus Melalui iPhone Anda

25 Komen

  1. Piratz pada 15 Nov 2011

    Tunggu Cineleisure plak buat app…

    • zerous pada 16 Nov 2011

      ini mrpiratz punyer info ni.ahaha patut la komen first..ahahaha

  2. syazwan pada 15 Nov 2011

    wow, this really great, sumenye di hujung jari je….

    • Ikmal pada 16 Nov 2011

      yeah~

  3. scromix pada 16 Nov 2011

    mantap~

  4. IzhamHasan pada 16 Nov 2011

    hehe mantap tempat keje ku :p

  5. Ismail pada 16 Nov 2011

    skang sume dah senang….x yah nak beratur …. just scan pon je ;)

  6. faggot pada 16 Nov 2011

    makin senang la cmnih

  7. yapompiow pada 16 Nov 2011

    memudahkan para pengguna.

  8. CMRatu pada 16 Nov 2011

    terbaik la android mcm ni..

  9. liyana lunia pada 16 Nov 2011

    #iniseksi

  10. amir pada 16 Nov 2011

    bagus~

  11. sinach pada 16 Nov 2011

    GSC ni antara Top Free APps skang ni. ramai gile pendonlod dr mesia ni.

  12. zuan pada 16 Nov 2011

    wow!!!! semakin maju dan semakin meluas penggunaan android dan qr code

  13. azwan11 pada 16 Nov 2011

    senang la lepas ni nak beli tiket cerita box office

  14. Mejuez pada 16 Nov 2011

    Terbaik lah..! Nak tempah tiket pun senang… hehehe tekan2 dah dapat tiket…

  15. FaizFizy Rosle pada 16 Nov 2011

    b4 nie dah ada dah. tapi tak rasmi lagi kut sbb ade 3 branch je. skrg dah ada byk…

  16. zerous pada 16 Nov 2011

    bagus untuk kaki dan pale otak wayang…hahahahaks!

  17. Arrul pada 16 Nov 2011

    yipppiii! snang2… :D

  18. alia pada 16 Nov 2011

    alaaa ni yg xsyok ni..xleh pkai cimb clicks..

  19. syamilshahimi pada 16 Nov 2011

    Pay Pal aje? adeiii

  20. Aikhil pada 16 Nov 2011

    Maybank2u ade laa.. aku rasa aku dah guna apps ni dkt sebulan++ daa.. baru rasmi ke?

  21. sarraazzam pada 16 Nov 2011

    aplikasi yg best!

  22. hasbul aqill pada 17 Nov 2011

    nampaknya, gsc sentiasa mendahului perkembangan berbanding TGV Cinema. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader