Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang masih ingat lagi dengan aplikasi pengurusan wang daripada pembangun tempatan yang diperkenalkan tidak lama sebelum ini, iaitu BilPlz. Kini nampaknya, BilPlz mungkin akan bergerak selangkah kehadapan, dan bukan sekadar sokongan emel sahaja diperkenalkan, malah mereka akan memperkenalkan aplikasi pengurusan kewangan untuk platform mudah-alih tidak lama lagi.

Pihak pembangun BilPlz kini sedang menjalankan sebuah bancian ringkas, dimana melalui bancian tersebut, ia kelihatan yang mana BilPlz bakal memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk para pengguna Android, iPhone dan juga BlackBerry. Mendukacitakan adalah dimana memandangkan para pengguna tempatan, masih lagi majoriti menggunakan Symbian, dan kumpulan tersebut diabaikan oleh pembangun tersebut dalam bancian tersebut.
Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh menyertainya, yang mana bagi kami, bancian tersebut lebih kepada mengumpulkan alamat emel sahaja, memandangkan soalan yang ditanya tidak seperti mengumpulkan sebarang data menarik, selain hanya memberikan petanda mereka bakal melancarkan aplikasi BilPlz untuk Android, iPhone dan juga BlackBerry sahaja.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Sudah vote untuk android!
That’s too sad as most of Malaysian are still using Symbian. Nak kena tukar phone la lepas ni so that banyak features2 yang menarik daripada devs OS yang famous. hehehe
Symbian di anak tirikan hehehe