04Nov

Aplikasi iOS Amanz Bakal Dilancarkan – Dijana Oleh Wut2Feed

Perisian, Web 2.0

Mungkin bagi yang mengikuti perkembangan syarikat ICT tempatan, mungkin anda sedia maklum berkaitan dengan syarikat baru yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan, iaitu WutMedia, memfokuskan kepada pembangunan aplikasi iOS dan mudah-alih yang lain. Dan kini, saya telah mendapat beberapa maklumat asas berkenaan dengan aplikasi Wut2Feed yang bakal dilancarkan oleh mereka.

Buat masa ini, info berkaitan dengan Wut2Feed yang mana menjana aplikasi iOS Amanz kelak masih lagi tidak diketahui, kerana perbincangan dilakukan oleh CEO Amanz Network bersama pembangunnya, dimana Encik Ikhwan Nazri yang turut dikenali sebagai @tekong amat berahsia orangnya.

Namun, melalui apa yang kelihatan sekarang ini, salah satu produk yang bakal diperkenalkan oleh pihak WutMedia kelak adalah sebuah aggregator untuk iOS dan juga Android. Ia masih tidak diketahui samada adakah WutMedia akan melancarkan perisian ataupun aplikasi yang dikenali sebagai Wut2Feed ini secara berbayar ataupun percuma.

Selain daripada itu, apa yang menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah rekabentuk dan antaramuka aplikasi Amanz kelak akan kelihatan? Sama-sama ktia nantikan pelancaran Wut2Feed dan WutMedia pada Jumaat hadapan, iaitu pada 11 November kelak.

Sementara itu, bagi para pengguna Symbian, anda boleh memuat-turun aplikasi Amanz terus daripada Nokia Store secara percuma.

Amanz.my for iPhone is waiting for review in App Store. http://t.co/6vXNqMYd
Nov 04 via Twitter for MacFavoriteRetweetReply


GeeMail - Aplikasi Desktop Untuk GMail
Blogtitude Kembali Kepada Rekabentuk Lama
Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google
AVG Melancarkan AVG Anti-Virus Free 2012 - Lebih Ringan Dan Pantas
Opera Bakal Melancarkan Pelayar Web Untuk Televisyen

17 Komen

  1. Iwani Khalid @ Kureno pada 04 Nov 2011

    Go amanz go! Go wutmedia go!

  2. syamsidflymoo.network pada 04 Nov 2011

    fulemakkkk ~~ mmg naiss !!

  3. Haziq pada 04 Nov 2011

    nice!!

  4. imran pada 04 Nov 2011

    nice

  5. miizan pada 04 Nov 2011

    keep it up amanz.my

  6. Razak Muhaimin pada 04 Nov 2011

    Terbaiklah Amanz.my! :D

  7. deegeer pada 04 Nov 2011

    oh yeah..amanz dah maju!

  8. Jwan pada 04 Nov 2011

    Hopefully, if there exist your app for Android for no charge, that would be splendid! Because love your updates guys. (:

  9. khydir pada 04 Nov 2011

    Great!
    I said it all on twitter :)

  10. Arrul pada 04 Nov 2011

    terbaik lah amanz!!! ^_^v

  11. dua posen pada 04 Nov 2011

    Kalau setakat RSS feeder nak kena bayar, tak tawu la aku nak cakap apa.

    • Aman pada 04 Nov 2011

      Aplikasi Amanz ini sememangnya akan diberikan secara percuma. Tetapi kami tidak pasti berkenaan dengan aplikasi Wut2Feed.

      Bagi kami, sehingga kini, masih lagi belum melihat sebarang aplikasi yang membolehkan kita membangunkan aplikasi mudah-alih tersendiri dengan mudah. Yang terdekat pun, adalah Bloapp, dimana memerlukan para pengguna memuat-turun aplikasi tersebut terlebih dahulu sebelum boleh mengikuti RSS rakan-rakan yang lain. Berbeza dengan ini adalah dimana ia seperti menghasilkan aplikasi iOS tersendiri dan berbeza dengan yang lain.

      Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak info berkaitan Wut2Feed tidak lama lagi, pada minggu hadapan.

  12. Faiz Azlan pada 05 Nov 2011

    wah~

  13. AMR pada 05 Nov 2011

    menarik & terbaik daripaada amanz!

  14. topo pada 05 Nov 2011

    melangkah setapak lebih maju

  15. yapompiow pada 05 Nov 2011

    terbaik!!

  16. din je pada 06 Nov 2011

    ini best broo…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader