Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu aplikasi yang dinantikan ramai pengguna platform iOS adalah aplikasi emel daripada Google, dan menariknya, hari ini Google secara rasminya telah pun melancarkan aplikasi GMail rasmi khas untuk para pengguna iOS, membawakan pelbagai fungsi menarik yang dinantikan ramai selama ini.
Melalui aplikasi GMail untuk iPhone, iPad dan juga iPod Touch, ia membawakan sokongan notifikasi bersama-sama dengan bunyi, dimana anda kini akan mendapat notifikasi sebaik sahaja menerima emel baru pada akaun GMail. Pada masa yang sama, carian emel pada akaun juga amat mudah, serta sokongan memuat-naik gambar dan fail lain dipermudahkan dengan hanya satu klik sahaja.
Pada masa yang sama, ia juga turut sama membawakan antaramuka yang dioptimasikan sepenuhnnya kepada para pengguna peranti sentuh iOS, membolehkan anda membuat pelbagai perkara asas dan utama pada GMail dengan mudah dan pantas.
Bagi para pengguna iOS versi 4.0 dan terkini, mereka boleh memuat-turun aplikasi rasmi GMail untuk iPhone, iPad dan juga iPod Touch ini secara percuma bermula hari ini.
Kemaskini : Google menarik kembali aplikasi tersebut kerana mempunyai sedikit masalah padanya.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku sgt suka UI baru google. either Gmail dan apps2 google yg lain. nice, minimalis dan simple.
“saya suka,saya suka” bak kata Mei Mei
sapa yg dah download boleh cont guna until new update
dah leh donload ke?
google dah tarikh balik? baru je nak cuba..