10Nov

Aplikasi Movie Reminder Akan Membolehkan Anda Tidak Terlepas Pelakon Kegemaran Anda Lagi

Perisian

Mungkin semua sedia maklum akan aplikasi Astro untuk Android dan iOS yang membolehkan anda melihat intisari rancangan dan sebagainya terus melalui telefon pintar anda. Namun, salah satu perkara yang tidak terdapat padanya adalah sokongan peringatan yang interaktif, dan perkara ini cuba diatasi oleh salah seorang pembangun melalui aplikasi yang dinamakan sebagai Movie Reminder.

Aplikasi ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dan sedang dibangunkan untuk platform Android. Melaluinya, ia bukan sekadar menyokong Astro sahaja, tetapi turut sama akan memperlihatkan filem yang ditayangkan di pawagam. Menariknya lagi adalah kelak ia juga diperkatakan akan diintegrasikan bersama kedalam Google Calendar untuk memudahkan anda menguruskan temujanji anda, supaya tidak terlepas rancangan kegemaran.

Pada masa yang sama, salah satu fungsi yang menarik didatangkan bersama adalah para pengguna boleh menetapkan pelakon yang diminati anda, dan setiap kali filem atau rancangan yang dilakonkan oleh pelakon kegemaran anda ditayangkan, ianya akan menyertakan notifikasi, sekaligus mengelakkan anda daripada terlepas daripada menonton pelakon kegemaran anda berlakon.

Walaubagaimanapun, aplikasi ini masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan pembangunnya diperkatakan dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak Astro untuk menggunakan serba sebanyak data mereka.

Jadi, sekiranya para pembaca Amanz mempunyai sebarang idea tambahan, mungkin anda boleh utarakannya, dan mungkin juga pembangun tersebut akan merealisasikannya. Jadi, apa kata anda?


Firefox 3.6 : Web Mengikut Orientasi Laptop
RIM Melancarkan Versi Beta Untuk BlackBerry Protect
Aplikasi Molome Turut Dilancarkan Untuk Para Pengguna BlackBerry
Adobe Memperlihatkan Sokongan 3D Pada Photoshop Extended
Aplikasi Wazapp Untuk MeeGo Bakal Dilancarkan Pada 1 Mei

3 Komen

  1. Firdaus pada 10 Nov 2011

    nanti dia sokong sukan sekali tak? cam leh setting bola sepak, set kelab pilihan Manchester City, so leh tengok semua perlawanan membabitkan MC dengan mudah.

    Harap sokong asukan lain sekali, seperti badminton, dan sebagainya.

  2. Mejuez pada 10 Nov 2011

    lepas ni senang lah aku nak mengingatkan cerita yang perlu aku ingat…

  3. Aneh & Gorila pada 10 Nov 2011

    Very nice. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader