27Nov

Aplikasi Siri Dibandingkan dengan TellMe Dan Juga SpeakToIt

Apple, Microsoft, Perisian

Siri merupakan salah satu aplikasi yang kian diperkatakan oleh semua pihak, dan telah menjadi salah satu titik jualan untuk iPhone 4S. Kami sendiri telah mengujinya sebelum ini secara ringkas, dan kini, beberapa perbandingan antara Siri dengan aplikasi lain mula kelihatan, termasuk perkhidmatan daripada Microsoft dinamakan sebagai TellMe, dan juga salah satu aplikasi percuma pada Android, iaitu SpeakToIt.

Melalui perbandingan dengan TellMe, Siri memperlihatkan ianya berfungsi dengan lebih cemerlang, namun ia gagal menarik perhatian apabila dibandingkan dengan aplikasi Android percuma, iaitu SpeakToIt.

Antara masalah yang dilihat dihadapi oleh Siri buat masa ini, adalah tidak boleh mengenal bahasa Inggeris dengan slanga berbeza, selain beberapa perkhidmatan dan fungsi yang masih terbatas untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Dengan semua aplikasi bantuan pintar yang dikawal melalui suara ini yang kian meningkat popularitinya setiap hari, mungkin kita akan dapat melihat tahun hadapan, lebih banyak aplikasi seumpamanya diperkenalkan, selain aplikasi sedia ada yang terus meningkat kepintarannya dari hari ke hari.

Terima kasih Radze.


iPhone Seterusnya Mungkin Adalah iPhone "4S"?
Perkhidmatan Ovi Akan Dijenamakan Semula Kepada Perkhidmatan Nokia
Paparan Skrin Aplikasi Moorea Pada Office 15 Kelihatan
Jailbreak iOS 5.0.1 Tanpa Tambatan Kini Sedia - Sokongan Untuk A5 Akan Datang
Apple Melancarkan Aplikasi iBooks Author Untuk Mac - Memudahkan Penghasilan Buku Digital

20 Komen

  1. syahrilhafiz pada 27 Nov 2011

    so Siri tak lah hebat mana pun..kekeke
    sama je dengan Speaktoit tu..
    tak banding dengan Iris ke :D

    • androidians pada 27 Nov 2011

      plus, kat Android dah ada byk Voice assistant

  2. ramlan pada 27 Nov 2011

    windows phone ‘teen anal’ for the winrar pedobaer.

  3. sejukstudio pada 27 Nov 2011

    speaktoit terbaek!

    • bisyairi pada 27 Nov 2011

      +1

    • androidians pada 27 Nov 2011

      +1

  4. Savvy88 pada 27 Nov 2011

    jgn lupe Symbian pun ade Vlingo

    • Gee pada 27 Nov 2011

      mana ada orang pakai symbian dah hehehh

    • zulware pada 27 Nov 2011

      +1 hehe

    • phoenixstudio pada 27 Nov 2011

      android pn ade vlingo :3

  5. Iskandar pada 27 Nov 2011

    Sayangnya tak di bandingkan dengan telinga manusia.

    Makhluk tak hebat. Allah jauh lebih hebat. Sayangnya ramai yg bercakap tentang hebat makhluk dan benda yg dibuat makhluk. Tapi lupa hebat Allah dan ciptaan2 Allah yg semua Allah beri percuma.

    • sinach pada 28 Nov 2011

      maaf,anda salah site. semua kenyataan anda benar,xde yg salah tp please lah.sini site teknologi.kami di sini cukup matang untuk mengatakan bahawa kejadian Tuhan adelah yg terhebat.kami di sini hanya utk mengagumi teknologi2 yg manusia cipta dgn keizinan dan pemberian Tuhan. please..

      • jacklizzard pada 28 Nov 2011

        +1

  6. parih pada 27 Nov 2011

    humm.. beli phone sebab nak senang paham kita ckp je ke?

  7. syamilshahimi pada 27 Nov 2011

    bunch of copycats

  8. Ismail pada 27 Nov 2011

    sume smart pon dah ade…bagus la…harap2 dpt digunkan dengan mudah;)

  9. Aikhil pada 27 Nov 2011

    Copycats..? iphone la tu.. hehee..

  10. Azmir pada 29 Nov 2011

    i love android

  11. ezry pada 29 Nov 2011

    not bad android…

  12. lol pada 30 Nov 2011

    Sebelum Apple perkenalkan Siri, dah banyak voice assistant ni tapi orang tak pandang pun. Bila Apple perkenalkan Siri, fandroid pun mula la nak amik kisah pasal voice assistant ni. Mula banding sana sini. Tipikal fandroid. Get a life :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader