Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah tablet pertama menggunakan cip pemprosesan empat-teras daripada NVIDIA iaitu Tegra 3, dan akhirnya, hari ini Asus secara rasminya telah pun melancarkan Asus Eee Pad Transformer Prime yang pernah diperlihatkan sebelum ini. Ia dijangka akan mula dijual bermula daripada bulan Disember ini. Namun tarikh rasminya di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Melalui Tegra 3, ia menjanjikan prestasi lebih lima kali ganda berbanding Tegra 2, disamping tablet Asus Eee Pad Transformer Prime ini juga dikatakan membawakan jangka tahan bateri sehingga 12 jam, salah satu jangka tahan yang lama jikalau dilihat daripada cip pemprosesan yang digunakannya. Dan dengan papan kekunci yang didatangkan bersama, apabila ianya digabungkan, memberikan jangka tahan sehingga 18 jam menurut Asus.
Pada masa yang sama Eee Pad Transformer juga turut sama membawakan kamera 8-megapixel dan juga skrin sentuh seluas 10.1-inci. Walaubagaimanapun, ianya tidak akan dilancarkan bersama-sama dengan Ice Cream Sandwich, sebaliknya akan diperkenalkan kemaskini Android 4.0 itu sebaik sahaja perisian tersebut dilancarkan.
29 Komen
Tinggalkan Komen Anda
i like….my future gajet…
Aiiisshh ! .. stop la kejap teknologi, bagi aku kumpul duit dulu .. HAHAHA
geng~ hahaha!
+1
Tegra 3 tu…
otai dah sampai
5 kali power, hebat betul
mmg power cam transformers
aduhai.. belum lagi merasa samsung galaxy tab 10.1 ni pulak dah keluar.. duit oh duit.. huhu
haaaaaaaaaaaaa!!! yg ni aku nak.. duit oh duit, cepat la turun dari langit ;P
perabis duit je ni….
mesti mahal kan
kat engadget kate 499 usd. dlm 1.5K kot. OK la tu.
harga Asus TF Prime 32g sama ngan Asus TF 1st Gen 32g
TERMASUK KEYBOARD DOCK!
w00t !
br nk kluar duit beli yg ni, mesti yg lg power dah release. pastu pending dan tros pending nk beli yg btol2 berkenan di hati….
1st device dilancarkan dengan Tegra 3
android FTW
Adobe FTW jugak..keh3
Harap2 prime ada 3g la hendaknya. susah jugak kalau kena cari tempat wifi je.
guna smart phone der, tether. confirm boleh punya
Phone aku Biri2 OS5 boleh tether ke Droid ke bro? Rasanya biri2 ni boleh konek
dgn biri2 pelirbook je kan.
eh, dulu aq perasan ader Asus TF versi 3g, tersiar kt engadget.
doa2 la kuar2 4g nyer…
bekalan utk YES 4g
mana lagi better? galaxy tab 10.1 atau yang ni?
transformer prime of coz
hahahah.terang2 dia ckp quad core.mstila transformer lg mantop
transformer lg bes wapon kalo spec sama. sbb harga, fast update, ports yg mcam2 dan lain2 lagi. cuma berat sket la. tp depend pd masing2 la. asus x sefemes samsung
spec mobile gadget skrg makin lama makin hebat drpd notebook
tablet memang aku tak berminat. tapi asus punya pc produk mmg aku suka. laptop g-series terbaik, mmg jadik gaming based aku
saya sangkakan pelancaran ditunda?