10Nov

Asus Melancarkan Zenbook Di Malaysia – Bermula Dari Serendah RM3299

Gajet

Setelah Acer melancarkan laptop ultrabook mereka di Malaysia, kini Asus Malaysia bersama-sama dengan Intel turut sama melakukan perkara sama, dimana mereka telah pun melancarkan dua model untuk pasaran Malaysia, iaitu versi i5 dan juga i7, dimana kedua-duanya boleh didapati di Malaysia bermula hari ini.

Asus Malaysia menawarkan Zenbook UX21E yang menggunakan cip pemprosesan Intel i5 dengan storan sebanyak 128GB pada harga cuma RM3299, manakala model Zenbook UX31E dengan cip pemprosesan Intel i7 dengan storan sebanyak 256GB pada harga RM4499.

Melalui Zenbook, ia membawakan rekabentuk yang amat nipis, dan ringan, disamping membawakan daya tahan bateri yang lama, iaitu lebih daripada 5 jam, dan mampu bertahan sehingga 7 jam, selain mana membawakan sokongan memulakan sistem dalam masa kurang daripada 2 saat.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mendapatkannya daripada kedai-kedai dan penjual rasmi daripada Asus seluruh negara, disamping mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak ultrabook memasuki arena Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.


P1 Bakal Memperkenalkan Netbook WiMax
Telefon Pintar Android Yes4G Akan Membawakan Ruangan SIM?
HTC Puccini Bakal Dilancarkan Sekitar Bulan September Atau Oktober?
Sony Tablet S Akan Dijual Bermula RM1499 Di Malaysia Tidak Lama Lagi
HTC Memperkenalkan Siri Keluarga One, Sense 4.0 Dan Sokongan ImageSense

34 Komen

  1. Piratz pada 10 Nov 2011

    Mahal gile!!

    • Amirul pada 10 Nov 2011

      Haha…ride the popularity of Apple’s Macbook Air…

      Kemaluan untuk mu, Asus!

      http://www.marco.org/2011/11/09/the-assbook-air

      • Taufik pada 10 Nov 2011

        SSDs tu… pergh

      • Beburung pada 11 Nov 2011

        sayang dia tak dapat tiru trackpad Apple yang ngam tu.

      • Meleis pada 11 Nov 2011

        Lawak, lawak.

        - R&D takyah buat, Intel dah bagi reference (yang diciplak dari macbook air)
        - Design takyah pening2, copy je macbook air.
        - Takut kos pembuatan melambung? Intel bagi subsidi harga processor untuk kompeni2 pembuat ultrabook (seperti Asus).
        - Pastu bila jual, lagi mahal dari Apple punya!

        Cuba bayangkan kalau jersi kat Golok tu sama harga atau lagi mahal dari jersi ori. Agak2 ramai tak nak beli? This is so wtf!

  2. Ekspresi Ruang pada 10 Nov 2011

    MacBook Air baru lg murah

    • Aneh & Gorila pada 10 Nov 2011

      Cube tengok betol2 spec Air dan Zen, Zen lagi berbaloi, Air 11 inch je dah 3099. Baik angkat Asus Transformer tablet kalau saiz 11inch. hehe. :)

      • tarmizishukri pada 10 Nov 2011

        kalau zen boleh bukak 10+ application serentak tanpa lag macam macbook air baru aku beli kot.

        • john pada 10 Nov 2011

          laptop tua dual core 4gb ram pun bleh bukak 10app tanpa lag.. ni kan zenbook.. lagi laju la.. haha..

          • Beburung pada 11 Nov 2011

            nope. cpu dia sama. takde timbul persoalan Zenbook lagi laju. tapi OSX agak kurang demanding sampaikan RAM kecik pun tak sangkut, one thing i know.

            aku juga lebih tertarik pada Apple MacBook Air sebab sejak beberapa tahun kebelakangan ni display dia selalunya lebih tajam (sebagai standard option). Ada review yg cakap display Zenbook ni tak evenly lit.

            Lagipun kalau nak jimat sangat, MacBook Air ada yang lagi murah. And it’s still a bona fide current gen MacBook Air.

          • Beburung pada 11 Nov 2011

            …tajam dalam maksud aku tak semestinya terhad pada resolution. Aku juga maksudkan teknologi display dia. Apple selalu amek display LG yang agak costly berbanding competitor across all model sebagai standard option.

      • Beburung pada 11 Nov 2011

        @ Aneh & Gorila

        Fail. Zenbook UX21E pun 11 inci.

  3. brader pada 10 Nov 2011

    mak aii harge die..
    bg aku, kalo just nk bwk gadget yg mudah dibawa kemane2 baik bli iPad ke Tab ke..
    kalo nk heavy duty bli je PC/laptop..

    • sinach pada 10 Nov 2011

      lain dowh iPad atau tablet. lain bebenor.aku still prefer portable lappy to work anywhere. iPad utk entertainment and emails je.

      lain org lain cara

  4. xhapesx pada 10 Nov 2011

    Bermula Dari Serendah RM3299…huhu

  5. Nine pada 10 Nov 2011

    Skrg lappy sampai i7 dah. Dulu PC byk i7, x silap paling latest lappy kuar i5 jer dlm tahun 2010.

  6. mobilesifoo pada 10 Nov 2011

    memang specs bagus. tapi satu je masalahnya, keyboard takde lampu. kalau baca dalam review, asus memang ngetop dgn Zenbook ni. cuma masalah keyboard tidak berlampu tu yg menjadikan dia kureng sikit. kalo tak, memang superb abis! pasal harga tu, memang memang agak melampau laaa…

  7. sinach pada 10 Nov 2011

    kalo ikutkan xde la mahal sgt. kalo compare ngan harga samsung nye laptop, ini kira berpatutan la aku rase. aku rase la kan

  8. ayam pada 10 Nov 2011

    aku sanggup tunggu 7 tahun lagi untuk beli bnda ni..

  9. riel pada 10 Nov 2011

    ni yg dinamakan harga runtuh…….hahahahha

  10. Haziq pada 10 Nov 2011

    wow!

  11. azwan11 pada 10 Nov 2011

    wohoooo cantik! :)

  12. zerous pada 10 Nov 2011

    lebih kurang ultra book jer… still competitive

  13. fikri pada 10 Nov 2011

    128GB? hmm…

  14. Firdaus pada 10 Nov 2011

    Dari sisi tampak mcm MBA

  15. Firdaus Ariff pada 10 Nov 2011

    Itu dia, satu lagi FakeBook Air.

  16. syamilshahimi pada 10 Nov 2011

    Face it, everybody is trying to copy Apple product.

    Memang la harga mahal, pakai SSD tu. Kalau pakai HDD x dapat nipis camtu de

    • Beburung pada 11 Nov 2011

      Yang lagi lawak, orang asyik cakap produk Apple ni mahal.

      Tapi bila semua orang buat klon MacBook Air yang lagi mahal dari MacBook Air, semua dok senyap. Tu blom kira takde backlit keyboard dan trackpad yang macam kat laptop Apple tu.

      Ramai mat hipokrit.

  17. kaihnsn pada 10 Nov 2011

    Pada aku murah giler Zen ni. Aku beli laptop Dell awal 2005 RM4599 dgn specs Pentium M 1.86GHz HDD 80GB Ram 1GB Graphic Card ATI X300 kot hahaha. Penyudah sampai hari ni aku tak mampu beli laptop dah. Tunggu je la Dell ni meninggal.

    • Beburung pada 11 Nov 2011

      Sorry, MBA lagi murah.

  18. Kucing Nakal pada 21 Nov 2011

    speaker dri Bang & Olufsen~ airbook mampu??

  19. Lia Nadia Qistina pada 28 Dec 2011

    mahal, tapi berbaloi..

  20. muazzam pada 12 Jan 2012

    apapun zenbook ni tak dpt tandingi macbook air….apple product ada kelas tersendiri yg kebanyakkannya menjadi idaman dan igauan orang ramai….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader