27Nov

Asyik.TV Menambah Saluran Bernama Dan Juga TV9 – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Facebook

Web 2.0

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai Asyik.TV, iaitu salah satu perkhidmatan yang menyediakan saluran televisyen tempatan melalui internet, dan boleh ditonton menggunakan pelayar web. Kini, nampaknya ia memperlihatkan peningkatan hari demi hari dan kini menawarkan 7 saluran untuk ditonton sepenuhnya melalui perkhidmatan mereka.

Kini, melalui Asyik.TV, para pengguna boleh menonton saluran RTM1, RTM2, TV3, Al-Hijrah, BernamaTV dan juga TV9, serta tambahan TV 1Malaysia. Berbeza dengan awal-awal dahulu, dimana Asyik.TV memfokuskan kepada perkhidmatan berasaskan web, kini ia kelihatan mereka memfokuskan sepenuhnya kepada perkhidmatan berasaskan laman sosial, Facebook sepenuhnya.

Ia masih tidak diketahui samada adakah Asyik.TV akan menyediakan perkhidmatan tambahan melalui web mereka, seperti membolehkan para pengguna menonton filem dan kandungan khas melalui perkhidmatan mereka, atau sekadar menyediakan perkhidmatan melalui Facebook sahaja buat masa ini.


Friendster dan Yahoo! Umumkan Kerjasama
WordPress Memperkenalkan Tema Mesra HTML5
Pemfailan Cukai Melalui Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan
Antaramuka Aplikasi Undies.my Pada iOS Diperlihatkan
Aplikasi Maybank2U Bakal Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPad

16 Komen

  1. fandroid pada 27 Nov 2011

    TV 1Malaysia tu tv apa?

    • Fikri Adhiey pada 27 Nov 2011

      TV Najib kot :p

    • Aman pada 27 Nov 2011

      channel untuk Najib rasanya, sebab ada integrate kat Facebook Page Najib Razak.

  2. WaryNordin pada 27 Nov 2011

    Bila agaknya ble tgk tv kat android?? Asyik.tv pls make it true!!!

    • lanz pada 28 Nov 2011

      +1

    • Fandroid pada 29 Nov 2011

      Kalau dia guna HTML5 senang sket nak cross-platform, H264 pun lebih easy ngan hardware acceleration. Sadly AsyikTV guna flash video. Even banyak hardware Android yang takde support penuh untuk Flash (video gile choppy)

      Lagipun dia pakai Octoshape. Macam Pando kat laman web TV3 dulu. P2P yo, memang slow melow.

  3. Fikri Adhiey pada 27 Nov 2011

    Sapa pembangun Asyik.TV ni? …. gov bayar ke sbb aku tgk kat fanpage Najib…ada tab channel asyik tv ni. huhu

  4. matmim pada 27 Nov 2011

    free ke bebayar asyik tv nie..

    • nas pada 28 Nov 2011

      free kot..kat fb tgk free je..

  5. zulware pada 28 Nov 2011

    bagus..

  6. amir pada 28 Nov 2011

    wow,sume bnde nak 1msia skrg..hoho

  7. fiqueobiey pada 28 Nov 2011

    wah,bgus streaming..laju jgak

  8. paeh pada 28 Nov 2011

    streaming ok. tak sangkut2… huhuhu

  9. shahrizat lembu pada 28 Nov 2011

    streaming bagus!! maklumlah kerajaaan punye mmg la dasyat

  10. amen pada 11 Dec 2011

    kene ade akaun fb ke sebab xde pun link tv?


Trackbacks/Pingbacks

  1. Menonton Rancangan Televisyen Secara Online di Asyik.TV | paeh

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader