26Nov

Bahasa Melayu Kini Menjadi Bahasa Ke-Lima Paling Popular Di Twitter

Web 2.0

Mungkin semua sedia maklum yang mana Bahasa Melayu (yang turut menyertakan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia) merupakan antara bahasa utama di Twitter, dan kini sebagai bahasa ke lima utama pada Twitter, hanya dibelakang Bahasa Inggeris, Jepun, Portugis, dan Sepanyol. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Semiocast, ia memperlihatkan sebanyak 6% daripada Tweet yang dihantar adalah berbahasa Melayu.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Bahasa Melayu merupakan bahasa ke-empat popular di Twitter, namun kini dengan peningkatan drastik daripada Sepanyol, ia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ke-lima popular. Peningkatan yang diperlihatkan oleh Bahasa Melayu juga adalah rendah, iaitu hanya sekadar penambahan sebanyak 107% sahaja berbanding tahun lepas.

Dan mungkin semua sedia maklum yang mana kebanyakkan Tweet berbahasa Melayu ini datangnya daripada pengguna Indonesia, yang mana merupakan antara pengguna aktif di Twitter.


Fungsi Retweet Kini Di Uji Di Twitter
Facebook Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru?
MyFriends2U Melancarkan Fungsi Soal-Jawab
Twidroyd Dijenamakan Semula - UberSocial Untuk Android Diperkenalkan
RTM Menyiarkan Belanjawan 2012 Melalui Web - Turut Menyokong Peranti iOS

20 Komen

  1. Najib pada 26 Nov 2011

    kalau orang Malaysia sendiri berbahasa Melayu dalam twitter, mesti boleh naik lagi ranking tu, dan jatuhkan ranking Inggeris

  2. zool pada 26 Nov 2011

    semakin berkembang.. tapi rakyat Malaysia pun aktif gak tweet guna bahasa melayu ….

  3. parih pada 26 Nov 2011

    abis kalo orang melayu pon tweet english :D

  4. anazhd pada 26 Nov 2011

    Awesome!

  5. snazzybizarre pada 26 Nov 2011

    haha… kebanyakkan yang di ‘tweet’ menggunakan bahasa slanga

  6. En. W pada 26 Nov 2011

    kena hantar tweet dalam BM baku, naiklah kedudukan tu nanti
    tak pun, suruh Dr. Rais Yatim tweet banyak-banyak, ;D

  7. Ekspresi Ruang pada 26 Nov 2011

    kena bykkan hashtag yg berbahasa Melayu mendominasi world trending

  8. jyundoo pada 26 Nov 2011

    org kita kan lebih berbangga dgn English bila tweet. walaupon hancus. malu2

    • ramlan pada 26 Nov 2011

      ate kalau dah follower hampir semua dari luar. terpakse la teman gune.

  9. alia pada 26 Nov 2011

    woww kagumnye..

  10. sarraazzam pada 27 Nov 2011

    bangga2..

  11. van der Rui pada 27 Nov 2011

    Ni mesti gara-gara #KFCM ni.. :D

  12. faggot pada 27 Nov 2011

    bkn bahasa rojak ke

  13. paeh pada 27 Nov 2011

    gunakan ejaan penuh untuk dapat tahap yang tertinggi.

  14. shahrul pada 27 Nov 2011

    ramai gak jepun nak banding ngan nusantara

  15. kaihnsn pada 27 Nov 2011

    Tak sia-sia saya belajar Bahasa Melayu di sekolah dulu. PPSMI apa kelas.

  16. amoi pada 27 Nov 2011

    pakai bahasa manglish je XD

  17. Wan Perlis pada 28 Nov 2011

    terbaek baq hang


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader