02Nov

BBM Music Dilancarkan – Membawakan Perkongsian Muzik Sosial Ke Peringkat Baru

Perisian

Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya hari ini aplikasi BBM Music yang dinantikan ramai telah pun keluar daripada versi beta, dan dilancarkan kepada umum, yang mana membawakan perkongsian muzik antara pengguna BBM dan integrasi fungsi sosial padanya. Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tiada maklumat berkenaan bilakah pengguna tempatan boleh memuat-turun aplikasi tersebut.

Melalui BBM Music, setiap pengguna boleh memilih 50 lagu pada profil mereka, daripada jutaan lagu yang diberikan. 50 pilihan lagu ini, semestinya merupakan lagu pilihan anda, yang mana memenuhi citarasa dan personaliti anda. Dan untuk membolehkan anda mengakses lebih daripada 50 lagu, anda boleh menambah dan berkongsi dengan rakan-rakan BBM anda yang lain.

Secara asasnya, sekiranya anda menambah seorang rakan BBM, anda akan mendapat akses kepada 50 lagu mereka juga, sekaligus menjadikan jumlah lagu yang boleh diakses melalui peranti BlackBerry anda berjumlah 100 buah lagu. Perkara ini akan terus bertambah, dimana setiap tambahan seorang rakan BBM akan menambah lebih 50 lagu pada profil anda.

Walaubagaimanapun, ia memerlukan anda dan juga rakan anda itu melanggan kepada perkhidmatan berbayar BBM Music, dan bukannya perkhidmatan percuma. Namun begitu konsep yang dibawakan oleh mereka kelihatan amat menarik sekali, berbeza dengan yang lain.

Langganan sebulan untuk perkhidmatan berbayar BBM Music adalah sebanyak $4.99. Harga tempatan masih lagi belum diumumkan buat masa ini, dan mungkin akan diumumkan dengan pelancarannya di Malaysia tidak lama lagi.


Nokia Menamatkan Chat, Dan Kenalkan Ovi
Mozilla Labs Memperkenalkan Jetpack. Add-On 2.0?
OpenOffice Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru
Firefox 3.6.4 Membawakan Fungsi Multi-Proses
WinZip Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Mereka Untuk Platform iOS

14 Komen

  1. Dik Mie pada 02 Nov 2011

    $4.99 untuk 50 lagu jer sebulan? macam x berbaloi jer

    • anazhd pada 02 Nov 2011

      0.99 per song on itunes.

      lgi murah bbmusic

      • Beburung pada 03 Nov 2011

        *yawn*

        - Perbandingan yang sungguh apple to oranges (tak kisahlah dengan iTunes ke, Amazon Music ke, dsb). BBM Music sekadar servis STREAMING (bukan DOWNLOAD tau!) dengan had 50 lagu per profile (expendable dengan setiap kenalan yang *LANGGAN* BBM Music). Means bukannya download lagu2 tu pun! Just caching ala Pandora dan Slacker. Even Pandora dan Slacker pun ada versi free jadi macam kurang releven je BBM Music ni sebagai servis berbayar. Lebih baik upload je koleksi lagu sendiri kat loker Amazon Cloud, Google Music atau iCloud. Dan cloud services yg aq tuliskan tu pun akan mirror lagu2 yang kita dah purchased jadi tak perlu risau pasal storage quota.

        - Memandangkan servis ni pun lom dilancarkan kat malaysia, aku bagi comparison yang sepadan dengan dia. Dalam Microsoft Zune ada Zune Pass. Dengan hanya 9.99 sebulan, boleh download KESEMUA berjuta lagu dalam library Zune tu dengan DRM selagi melanggan, dan setiap bulan diberikan download 10 lagu tanpa DRM (yang boleh play walaupun tidak lagi melanggan). Again, BBM Music lose hands down. Kenapa hanya perlu add citarasa muzik kawan2 sedangkan kita boleh download kesemuanya?

        - Kat Malaysia dah ada servis yang lagi bagus dari BBM Music ni, terutamanya oleh telco2 sedia ada. Contohnya Digi Music Play. App dia even boleh pakai kat BB, Android dan iPhone (takyah pening nak pilih platform). Just 5 ringgit je sebulan leh main semua lagu TANPA HAD termasuk lagu melayu ke, omputih ke, cina ke. takyah pening2 nak add library lagu mengikut kawan BB yang sama langgan BBM Music. Nak download lagu tanpa DRM? Tambah lagi 5 ringgit dapat 10 lagu. It’s a steal.

        BB Music ni just macam nak nampakkan yang RIM ni hip dan trendy dalam arena telefon bimbit. Walhal, alternatif yang lain jauh lebih berbaloi. Fail.

        • Beburung pada 03 Nov 2011

          Telco lain pun ada inisiatif macam ni gak. Maxis ada Music Unlimited ONEMusic dengan caj RM8 sebulan untuk muzik TANPA HAD. Even better, selain boleh digunakan kat iPhone, BB dan Android, dia leh support Windows Phone gak.

          Jadi kalau ikutkan perbandingan dengan servis2 di atas, rasa2nya BBM Music memang tak berbaloi.

        • rompey pada 03 Nov 2011

          sokong beburung! yawnnnnnn

    • faeez faster pada 03 Nov 2011

      aku rase, lebih dari bebaloi! klau mmber BBM pun langan BBM music ni. kite pun terkena tempias nya. betul x?

    • Dik Mie pada 03 Nov 2011

      lebih prefer kalu unlimited… ini kena kongsi baru leh dpt lebih… kalu suma lagu sama? last2 x byk mana lah lagu kita dgr

      • syafzmagz pada 03 Nov 2011

        kalau nak free, download manual kat 4shared atau mana2 yang boleh download lagu. Lepas tu upload kat bb… $4.99 untuk 50 lagu sebulan adalah murah berbanding dengan itunes.

        • Beburung pada 03 Nov 2011

          BBM Music macam tak berbaloi je.

          Digi Music Play boleh play lagu UNLIMITED just RM5 sebulan. Maxis ONEMusic leh play lagu UNLIMITED just RM8 sebulan. Siap ada lagu melayu lagi.

          Lagipun kalau nak compare dengan iTunes atau Amazon Music, BBM Music ni just servis STREAMING. bukan download lagu. Bila dah berenti subscribe, dah takleh dengar semua koleksi lagu tu. Dah la boleh pilih 50 lagu je, tiap2 bulan dengar la 50 lagu tu puas2.

  2. hanafi bhari pada 03 Nov 2011

    bes laa oit !

  3. kaihnsn pada 03 Nov 2011

    Kalau BBM6 dgn BB OS5 pun boleh main ini jugak ke? Kalau sebulan RM5 utk 50 lagu mcm ok jugak ni.

  4. Jyundoo pada 03 Nov 2011

    xminat la bb music

  5. rompey pada 03 Nov 2011

    bb sux la..perempuan je pakai..just for bbm n fb..hahahaha

  6. imran pada 03 Nov 2011

    hahahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader