10Nov

Bina Widget Google+ Pages Anda Dengan Mudah

Google

Hari ini, kami secara rasminya telah memasang sebuah butang khas untuk Google+ dibahagian kiri laman, yang menyerupai kotak Facebook Like, dan ramai yang bertanya akan bagaimana untuk menyertakannya. Bagi mereka yang berminat, selain daripada kotak Facebook Like, anda juga boleh menyertakan kotak Google+ pada bahagian tepi laman anda melalui pilihan widget yang disediakan oleh Google secara rasminya.

Menurut Google, secara tidak langsung, melalui penggunaan perkara ini, laman tersebut akan disertakan pada Google+ Direct Connect, yang mana membolehkan para pengguna melakukan carian terus untuk nama laman anda pada carian Google.

Melalui widget yang disediakan juga, ia membolehkan para pengguna untuk +1 akan laman anda, selain pada masa yang sama menambah halaman Google+ Pages anda kedalam Circles mereka. Pada masa yang sama, Google+ Pages ini masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak perkara baru diperlihatkan pada halaman ini dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat widget ini, dimana Google masih lagi pada peringkat ujiannya buat masa ini.

Bagi pembaca Amanz yang mempunyai akaun Google+, anda boleh sertai kami di Google+ Pages, dimana pelbagai aktiviti menarik akan kami jalankan tidak lama lagi melaluinya.


Arkibkan Mesej Yang Anda Hantar di GMail
Android 2.2 Froyo Lebih 4.5 Kali Ganda Pantas
Google Memperlihatkan Pautan Video Pesaing Pada Hasil Carian
Windows 8 build 7989 Kini Tersebar Di Internet
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 September

5 Komen

  1. yapompiow pada 10 Nov 2011

    Follow amanz!

  2. syahrilhafiz pada 11 Nov 2011

    patut aku tak nampak.huhu, masih dalam Beta

  3. blackrosehunter pada 25 Nov 2011

    dah letak dah..hehe

  4. syamila pada 27 Nov 2011

    G+ mmg best… ;-)

  5. BLADE pada 07 Dec 2011

    BRO, BAGI TUTORIAL LA PASAL NK BUAT WIDGET G+ KAT SIDEBAR TU..SUSAH LA KALO XDE. TAK BOLEH IKUT…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader