Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada gambar BlackBerry Curve generasi baru yang tersebar sebelum ini, kini gambar BlackBerry Bold generasi baru, iaitu Bold 9790 turut sama mula kelihatan, dan ia diperkatakan yang mana peranti ini bakal dilancarkan oleh Research In Motion pada bulan November ini, dan bakal menjadi peranti terakhir menggunakan BlackBerry OS 7 sebelum RIM beralih kepada QNX.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui adakah RIM akan beralih sepenuhnya kepada QNX, ataupun masih mengeluarkan peranti BlackBerry dengan sistem operasi generasi sekarang ini.

Buat masa ini, spesifikasi rasmi untuk BlackBerry Bold 9790 masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi diperkatakan akan membawakan skrin 2.45-inci. Walaubagaimanapun ia tidak pasti samada adakah ianya akan membawakan sokongan skrin sentuh ataupun tidak.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Research In Motion tidak lama lagi.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tak mampu lagi pakai BlackBerry….hohohh
rasanya harga BlackBerry takde la mahal sangat. pilih la BB curve, still bwh 1k harga dier. lg pon, servis BIS antara termurah. rm20 sebulan. mne nak dapat uh~
rm20 sebulan tu cmne?
maxis prepaid BIS bonus montly (100MB) RM20
kalau celcom monthly rm25/month. (300mb/month) kalau tak silap.
aku pakai celcom masih guna uox.
tapi speed 3g maxis jauh lebih laju dari celcom. dkt shah alam ni la
saje nk kongsi
ok. design makin mantap…
huh..design makin mantap..? beza kat button tu mcm cacat ja..
makin kemas dan tersusun. bagi aku ianya senang nak menaip dengan laju… kekekeke
Ha? Design button pun dah macam Curve, cuma button je besar sikit. Susah la nanti nak tekan button yang kat tepi-tepi tu.
design button besar lg susah tekan ea? oh i see~
Gambar nombor 2, saya nampak NFC sensor. Support NFC ke utk BB bold terbaru ni?
satuduatiga : yes berkemungkinan besar ada aplikasi NFC.
pelik bebenor nie
hp dah banyak
bbm-fb-tweeter-email len sume same..claim rege riban2..wahh kelas ko nox1
tak best sebab screen kecik
Tunggu BBX je lah hukhukhuk alang2 kalau mau upgrade.
bakal memiliki blackberry tak lama lagi..hehe
macam best je blackberry nih
I just can’t wait for RIM’s BBX
Nice
Dah penat guna Storm.. Harap2 yg ni beterinya tahan ler…
Aik confuse..bukan bold touch screen baru keluar ke? ni dah ada bold baru?