Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
BrowserID merupakan salah satu projek daripada Mozilla yang pernah kami tuliskan sebelum ini. Kini, Mozilla telah pun mengumumkan yang mana dalam masa beberapa bulan lagi, mereka akan mengintegrasikan sepenuhnya BrowserID pada laman-laman dibawah Mozilla, sekaligus mula mempopularkan penggunaan BrowserID itu dengan lebih meluas lagi.
Bagi mereka yang tidak ketahui apakah itu BrowserID, ia merupakan salah satu usaha Mozilla dalam memperkenalkan cara log masuk yang seragam, iaitu dengan menggunakan alamat emel sahaja. Ia diintegrasikan sepenuhnya pada pelayar web untuk memudahkan penggunaan, dan dioptimasikan untuk privasi sepenuhnya.
Walaupun ia merupakan produk Mozilla, mereka mengatakan yang mana mereka akan menyeragamkan penggunaannya, dan membolehkan para pembangun pelayar web yang lain turut mengintegrasikan fungsi tersebut. Para pembangun web juga boleh mengintegrasikannya dengan hanya menyertakan sedikit kot JavaScript sahaja.
Jadi, persoalannya sekarang, adakah pembangun pelayar web lain akan mengintegrasikannya dan menjayakannya ataupun sebaliknya?
Terima kasih Abdul Karim
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
semua tk nk kalah :3
Sekarang semua ke arah cloud computing.Dah tak nak dah bergantung pada browser..
so many password to forget…hak3….btol gler…nice la de mende nieh…
=)
cun glew !
kalau function die, login kat browser, then semua bookmark, history,password die sertakan sekali ( i mean setiap ID berbeza, data pun berbeza ) , itu ialah awesome. malas nak logout2 banyak kali sebab kawan2 degil nak pinjam laptop, pastu pandai2 bukak browser tanpa izin . :3 :3
+1
+1. Bagi aku yang bookmark tu prioriti
Ini berita baik…senang keje la kan..masuk emel dah cukup..
kot javascript ke kod javascript?
haha..bagus pon kalau ade bende ni ;P
hah! snang le keje aq…
menarik dr Mozilla
satu lagi projek yang bagus dari Mozilla