17Nov

BQe Summit 2011 Membolehkan Pelajar Dan Usahawan Mendalami Dunia ICT Dan Keusahawan

Lain-lain

Acara bercirikan teknologi dan juga keusahawanan di Malaysia masih lagi boleh dikira sedikit, namun ia masih tidak mendapat penyertaan daripada pelajar, mahupun usahawan sendiri walaupun ia ditawarkan secara percuma. Dan salah satu aktiviti yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini adalah yang dianjurkan oleh BQe dengan kerjasama MSC Malaysia dan beberapa rakan kerjasama yang lain pada 19 November ini.

Melalui acara BQe Youthe Entrepreneurship Summit 2011 yang diberikan tiket percuma kepada para pendaftar awal, mereka akan dapat mengikuti sebuah siri persidangan dimana pelbagai perkara menarik berkaitan dunia keusahawanan yang akan dikongsikan padanya. Dan menariknya, sekiranya anda adalah pelajar, anda turut sama boleh menyertai pertandingan MIBPC (Malaysian Institute of Higher Learning Business Plan Competition). Memandangkan ia bercirikan teknologi dan keusahawanan, maka rancangan kerja yang dibentangkan juga perlu menerapkan idea-idea berasaskan kerja, dan menariknya ia turut sama memupuk para pelajar untuk beridea kreatif sejak daripada muda remaja lagi.

Bagi para usahawan sedia ada pula, mereka boleh mendapatkan idea yang segar, selain pada masa yang sama boleh menambah rangkaian kenalan mereka, dimana ia disasarkan ramai daripada dunia IT dan keusahawanan yang akan menyertai acara ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini, anda boleh merujuk pada laman rasmi mereka di TheBigBrew, ataupun laman Facebook BQe Malaysia.


Siti Nurhaliza, Yes 4G dan iPad
Hisham : Kerajaan Tidak Akan Menutup Internet
Projek BizMap Dilancarkan Dibawah Nama TM SmartMap - Menawarkan Pelbagai Maklumat Berkenaan Sesuatu ...
(Videografik) Evolusi Televisyen Dari Dulu Sehingga Sekarang
Kelak Anda Boleh Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak Menaiki Kereta

7 Komen

  1. Omar pada 17 Nov 2011

    Amanz tak kasi ticket percuma cam J! Day 5 bulan yang lalu?

    • Amirul pada 17 Nov 2011

      Benda dah free ko nak tiket percuma apa lagi…

      • Omar pada 17 Nov 2011

        “Melalui acara BQe Youthe Entrepreneurship Summit 2011 yang diberikan tiket percuma kepada para pendaftar awal”

  2. Nisa pada 17 Nov 2011

    Agak2 masih ada kosong ke?Tgk kat die punya fb mcam dah penuh (utk free seat).

  3. Imran pada 17 Nov 2011

    Register je dulu. Nanti kitorang konfemkan. ;)
    For now, still ada seats available :D

  4. Jyundoo pada 17 Nov 2011

    aku suka seminar or summit mcm ni. bnyk manfaat bleh

  5. Teratoman pada 21 Nov 2011

    Saya sayang Imran.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader