01Nov

Bukuku – Jual-Beli Buku Teks Di Universiti Kini Lebih Mudah Dan Pantas

Web 2.0

Bagi yang pernah melalui dunia Universiti, semestinya anda selalu tertekan dengan harga buku teks yang mahal yang mana selalunya perlu dibayar pada setiap awal semester. Namun, untuk mengatasi dan menolong para pelajar universiti, kini sebuah perkhidmatan baru diperkenalkan, dikenali sebagai Bukuku, membolehkan para pengguna bertukar-tukar buku antara satu sama lain dengan pelajar universiti lain.

Bukuku dilihat sememangnya memfokuskan penuh para pelajar universiti, dimana sebaik sahaja anda log masuk ke laman tersebut, anda akan diperlihatkan dengan pilihan untuk memilih universiti terlebih dahulu sebelum boleh melayari laman tersebut.

Selain daripada pertukaran buku antara satu sama lain, para pengguna juga boleh menjual buku semester lepas mereka kepada yang lain, dan menyenaraikannya di sana. Para pencari buku juga boleh dengan mudah mencari buku yang disenaraikan, selain mana boleh membandingkan harga jualan oleh penjual tersebut, dan juga harga di kedai buku dengan mudah.

Perkhidmatan Bukuku juga turut diintegrasikan dengan SMS, dimana sebaik sahaja anda memilih untuk membeli sesuatu buku, anda boleh klik untuk menempahnya, dan anda akan menerima SMS dengan maklumat untuk menghubungi pemilik buku tersebut.

Bagi anda yang berminat, mungkin anda boleh jual-beli buku teks universiti anda dengan mudah hari ini melalui laman Bukuku, yang mana semestinya mempunyai perancangan lebih jauh untuk laman mereka. Mungkinkah Amazon Malaysia tercipta daripadanya?

Tips daripada Iwani.


Friendster Di Beli MOL Global Pada Harga USD$39.5 Juta
Rangkaian Sosial Lebih Mudah Dengan Maxis Connect
Spindex - Aggregator Sosial Anda
Dr Rozmey Bakal Melancarkan dRbook Pada 15 Mac
Aplikasi PLUS Toll Rate Untuk Para Pengguna Android Dilancarkan

16 Komen

  1. Omar pada 01 Nov 2011

    Cool. Salah satu modul yang dirancang, tapi berjaya dibuat oleh pembangun lain.
    Camner nak contact dev dia?

  2. aliraja pada 01 Nov 2011

    Am i blind or what? there is no Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in the list.

    Need help here!

    • Omar pada 01 Nov 2011

      It’s not in the list.. but in the URL.. Haha~

  3. Syukri Lajin pada 01 Nov 2011

    MSU takder.. -.-”

  4. ryzam pada 01 Nov 2011

    semakin bnyk web social content dtg dari dev local..baguss

  5. amoi pada 01 Nov 2011

    wahwahwahhhh!!

    boleh lah jual buku maths aku tu T___________T

  6. syamilshahimi pada 01 Nov 2011

    Universiti Teknologi PETRONAS xde? Biar betol?

  7. sape2 pon boleh pada 02 Nov 2011

    UPSI lg la xde…bnyk ipts je aku tengok….

    • Affan Ruslan pada 02 Nov 2011

      Web tu still in development kot, byk lagi uni lain takde.
      Mungkin blh contact developer untuk masukkan dlm list :)

  8. ekspresiruang pada 02 Nov 2011

    smo ni masih baru. lps2 ni akan ada la byk lg universiti akan diupdate

  9. Luxuryhost pada 02 Nov 2011

    Semua IPTS….. IPTA dianaktirikan. UM, UKM, USM, UPSI, UiTM dan ……. banyak takda lg…….

    • makangajet pada 02 Nov 2011

      diorang bayar kot, yang kerajaan tak nak~

  10. h pada 02 Nov 2011

    UTHM tarakk

  11. h pada 02 Nov 2011

    UTHM takdeee

  12. Soo pada 07 Nov 2011

    Wahai kawan-kawan,

    Kami amat gembira melihat komen-komen untuk Bukuku.my anda di sini!

    Sebelum kami memperkenalkan laman web kepada kawan-kawan kita di universiti-universiti awam, kami mahu mengoptimumkan perkhidmatan di Bukuku.my. Kami berharap ini boleh berlaku dalam masa yang singkat.

    Sila beritahu kita Universiti mana yang anda belajar, jadi kami boleh memberi prioriti pada anda apabila kita sudah bersedia.

    Nama Universiti :
    Lokasi :
    Nama anda:
    Emel:
    No Tel:

    Terima kasih atas maklum balas anda, kami akan berusaha untuk membantu rakan-rakan kita yang belajar di universiti-universiti awam untuk mempunyai akses kepada buku-buku teks yang lebih Murah tidak lama lagi.

    Bukuku.my


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader