Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang dinantikan, akhirnya hari ini Celcom telah pun memperlihatkan pakej mereka untuk Samsung Galaxy Note yang akan dimulakan jualannya pada hari ini. Melalui pakej yang ditawarkan oleh Celcom, para pengguna boleh mendapatkan peranti Samsung Galaxy Note itu daripada Celcom pada harga serendah RM1368 dengan kontrak selama 18 bulan.

Peranti yang dijual pada harga RM2299 itu ditawarkan melalui tiga pilihan pakej, iaitu Celcom Exec 50 dengan Broadband mBasic, Celcom Exec 50 dengan Broadband mAdvance dan juga Celcom Exec 250. Celcom juga menawarkan dua tempoh pelan, iaitu untuk 12 bulan ataupun 18 bulan.


Melalui Galaxy Note, ia membawakan Android 2.3, skrin seluas 5.3-inci, stylus yang dinamakan sebagai S-Pen, cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz, dan juga kamera 8-megapixel. Selain daripada Celcom, DiGi juga turut sama menawarkan peranti sama, serta boleh dibeli tanpa sebarang kontrak dan perjanjian pada harga RM2299 daripada pengedar rasmi seluruh negara.
14 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Perghh! kena rembat pakej sedap2 ni… >_<
Harga dia membuatkan aku fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
macam faggot je pakai telefon besar. harga pon mahal. faggot +1. android pula. faggotree over 9000.
fuhhh. >,<
besar utk call tp optimum skrin utk navigation
Aku kurang jelas dgn Celcom ni. Kalau DiGi, Harga phone N9 RM1799, tapi dia letak harga pakej RM1300, tapi kena bayar upfront payment 500 + RM68 harga pakej.
Same ke pembayaran Celcom dgn Digi ni?
Kalau same baik beli seketul je, xde hutang bulan2 untuk internet.
Digi marketing mmg dasyat.. letak hrg contract sekian2, smpai je kat outlet dioang nak register. tetibe ad upfront payment.. serupa beli retail price je..
front payment tu nanti akan tolak bill2 sterusnya.xdela rugi.cuma kna sedia modal banyak jugak la. kalo mmg rasa akan setia ngan satu2 telco, aku rase contract ok. kalo jenis suka tuka2 fon, aku rase better beli cash laa
kalo takut ada hidden charge ke apa,beli cash jela kan.poket masing2.renung2kan & slamat beramah.
ye pndpt
disokong….
Good for business-on-the-go.
asal cintract je mmg aku lemah hahaha…
18 bulan? tak sanggup aku..lalal~