11Nov

Celcom Turut Sama Menawarkan HTC Sensation XE Pada Harga Serendah RM1248

Gajet, Telekomunikasi

Nampaknya, hari ini, Celcom menambah pelbagai peranti baru dibawah portfolio Android mereka, dimana selain daripada Galaxy Note, dan Droid Razr mereka juga kini menawarkan HTC Sensation XE dengan teknologi audio Beats melalui pakej Celcom Exec mereka pada harga serendah RM1248.

Sebelum ini, HTC Sensation XE telah mula dijual di Malaysia pada harga RM1999 tanpa sebarang kontrak, dan melalui Celcom, ianya membawakan pakej yang sama seperti pakej untuk Droid Razr dan juga Galaxy Note, dimana ia menawarkan pilihan komitmen bulanan samada RM88, RM108 atau RM250 dengan pilihan tempoh selama 12 bulan atau 18 bulan.

Dengan harga yang lebih kurang dekat antara Motorola Droid Razr, Samsung Galaxy Note dan juga HTC Sensation XE, apakah yang bakal menjadi pilihan pengguna?


Facebook Bakal Mengeluarkan Telefon Pintar?
GALAXY S2 Di Malaysia Pada Minggu Ketiga Jun?
Nokia Memperlihatkan Kemerosotan Jualan Dan Pendapatan
Nokia N9 Bakal Dijual Minggu Ini - Pra-Tempah Telah Dimulakan
P1 Mensasarkan Lebih 500,000 Orang Pelanggan Menjelang Penghujung Tahun 2012

15 Komen

  1. zerous pada 11 Nov 2011

    macam nk target yg ni jer. ataupun nk tggu galaxy nexus. mana lagi besh ar.

  2. ramlan pada 11 Nov 2011

    yang ni boleh run flash tak? kalau boleh saya nak beli bagi kat kawan saya.

  3. Izwan pada 11 Nov 2011

    HTC.. lama gak ushar brand ni..

  4. yun pada 11 Nov 2011

    Mungkin ralat –
    12 bulan atau 24 bulan

    atau

    12 bulan atau 18 bulan

    ?

    sebab dalam grafik, yang ada 12 bulan dan 18 bulan sahaja.

    • Aman pada 11 Nov 2011

      dah dikemaskini. trimas~

  5. syamilshahimi pada 11 Nov 2011

    Buy now. 3 months from now, menyesal tak sudag bila tengok orang pakai Galaxy Nexus atau phone Android spec lagi tinggi

    • ramlan pada 11 Nov 2011

      spec tinggi pun bukan buat apa sangat. bukak phone main angry bird, check-in 4sq, usha awek kat facebook, post status kat twitter.

      cara budak-budak sekarang guna ‘smartphone’. lepak sbux letak phone sebelah ‘frap’. sembang kencang siapa punya phone paling hebat. macam gampang.

  6. Easy Official pada 11 Nov 2011

    biasalah diorang ni wat promotion..saingan sengit..digi kuarkan tablet..maxis lg..lagi few month..there are another product they use for promotion..belilah ikut keperluan….

  7. amir pada 11 Nov 2011

    mahal je..huu

  8. Faiz Azlan pada 11 Nov 2011

    wah~ still x mampu

  9. syah pada 12 Nov 2011

    kenapa x ada pun pakej nih kat celcom punyer website??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader