08Nov

ChopChop Ingin Memudahkan Pengurusan Dan Penggunaan Kad Ganjaran

Web 2.0

Nampaknya dunia atas-talian di Malaysia terus meriah, dimana kini sebuah aplikasi baru bakal diperkenalkan tidak lama lagi, dinamakan sebagai ChopChop, dimana melaluinya ia membawakan pengurusan kad ganjaran anda dengan mudah, dan menguruskannya dengan pantas melalui aplikasi tersebut. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya.

Melalui aplikasi tersebut kelak, ia mensasarkan untuk memudahkan peniaga, dan juga pelanggan. ChopChop kelak diperkatakan akan memudahkan para peniaga untuk menguruskan dan menganalisa para pelanggan mereka dengan mudah, dan menariknya mereka tidak perlu menghabiskan duit melabur pada sistem baru dan sebagainya.

Dan untuk pengguna yang menjadi pelanggannya kelak, mereka tidak perlu memegang puluhan kad ganjaran berbeza, tetapi sebaliknya boleh menguruskannya dengan mudah melalui aplikasi tersebut sahaja. Namun ia tidak diketahui samada adakah ianya turut akan membawakan sokongan kad ganjaran terkemuka seperti Bonuslink, Kad Mesra, Real Rewards dan sebagainya.

Ia diperkatakan yang mana ChopChop ini sedang dibangunkan lagi buat masa ini, tetapi prototaip awalnya telah siap. Tarikh pelancaran produk akhir, ataupun bilakah versi beta akan diperkenalkan masih tidak diketahui lagi.


Automattic Memperkenalkan FoodPress
We Love Japan - Derma Melalui Bidaan
Cari.com.my Menyertai Industri Tawaran Harian - Melancarkan Cari Deals
Aplikasi Wikipedia Untuk Android Yang Rasmi Kini Boleh Didapati Daripada Market
FoodPanda Dilancarkan - Tempah Makanan Terus Daripada Komputer Anda

5 Komen

  1. Kaio Dot My pada 08 Nov 2011

    harap internet di Malaysia akan lebih berkembang hingga ke kawasan luar bandar. Baru lah seluruh rakyat malaysia dapat menikmati kemudahan2 macam ni

    • FaizFizy Rosle pada 08 Nov 2011

      +1
      Kurangkan bayaran langganan sekali. Bg free je pon takpe.

      • Jwan pada 08 Nov 2011

        Free? That’s like impossible because Government wants money, if i would be free, it’s like a miracle, even for ONE SEC. :O

    • dz pada 09 Nov 2011

      harap internet macam mana tu?
      luar bandar dah ada internet apa….
      aku pun rasa macam mana boringnya xda internet mula2 dok kawasan luaq bandar….
      dah kena keja kawasan luaq bandar….
      kawasan yg cable fixed line telekom asyik kena curi je…
      celcom/maxis/digi slow n hampeh (ada quata plk tu)

      try pakai streamyx wireless,
      tengok sini;
      http://www.tm.com.my/ap/personal/internet/Pages/streamyxwireless.aspx

      aku bukan nak kempen TM…
      tp puas hati la,,, janji xda quata…
      buat orang yg kna dok kawasan luar bandar,,,xda fixed line/asyok kena curi
      tambah yg mobile bb slow gila…(+quata macam hampeh)

  2. Selina pada 09 Nov 2011

    Support Chop Chop! My friends still work on this! :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader