Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google Chrome merupakan salah satu projek pelayar web yang berjaya dan popular, memberikan impak yang besar kepada Mozilla. Dan kini, mereka terus memperkenalkan pelbagai perubahan pada pelayar web tersebut, dimana salah satu projek yang sedang dibangunkan oleh pasukan pembangun Chrome adalah Aura.
Melalui Aura, Google membangunkan salah satu pengurus tetingkap dengan elemen antaramuka tersendiri, yang mana akan berfungsi pada pelbagai platform. Ia juga sekaligus membolehkan Chrome mengatasi kebergantungan terhadap API Windows dan juga GTK. Ia turut diperkatakan yang mana salah satu sebab utama untuk memperkenalkan Aura adalah untuk membolehkan sokongan hardware acceleration pada elemen antaramuka.
Aura juga dijangka memberikan prestasi lebih tinggi untuk pelayaran web dan efek animasi yang lebih baik pada antaramuka dan juga kandungan web. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Aura, mungkin boleh merujuk kepada dokumen rasmi daripada Google, ataupun melihat beberapa video yang disediakan untuk mendapatkan idea awal berkaitan dengan Aura.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wahh,google chrome semakin maju ^^
nice. tapi kurang faham :3
chromium makin power da
mcm kat Ubuntu je.. ada benda yg menarik perhatian aku tentang fungsi baru tue, harap diorg teruskan projek ni.. jangan jadi projek gajah putih lagi
terbaik baq hang
bio aura je yang saya tau.
kt mner nk dnload chromium??