30Nov

Dell Latitude ST Dengan Windows 7 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Gajet

Dell Malaysia hari ini telah pun melancarkan tablet mereka untuk para pengguna di pasaran mereka, sekaligus menjadi tablet kedua dilancarkan pada minggu ini yang menggunakan Windows 7 dan juga memfokuskan kepada pengguna perniagaan. Dell Latitude ST ini dijual di Malaysia pada harga RM2380.

Seperti tablet daripada HP, Dell Latitude ST juga menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, membawakan skrin sentuh seluas 10.1-inci, memori sehingga 2GB DDR2, dan didatangkan dengan kamera terbina untuk panggilan video melalui Skype, serta pengguna diberikan pilihan samada ingin menggunakan Windows 7 Home Premium, Professional ataupun Ultimate.

Bagi anda yang berminat dengan Windows 7, mungkin anda boleh membuat pilihan samada ingin membeli tablet Dell Latitude ST ataupun HP Slate 2 yang dijual pada harga RM2299.


RIM Sedang Membangunkan Perisian Untuk Menyokong Aplikasi Android?
Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia Diperlihatkan?
Ulasan Huawei Vision : Telefon Android Dari China
Nokia Memperlihatkan Peranti Konsep Boleh Lengkung - Dikenali Kinetic
(Video) Nyah-Kotak Nokia Lumia 800 Dengan Windows Phone

2 Komen

  1. zerous pada 30 Nov 2011

    storan dalaman yg ni berapa besar?

    • zerous pada 30 Nov 2011

      baru check kat websitenya tadi, 128GB… patut lagi mahal dari HP Slate 2


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader