20Nov

Desura Memberikan Nafas Baru Kepada Pecinta Permainan Di Linux

e-Permainan, Linux, Perisian

Akhirnya, setelah melalui ujian untuk beberapa bulan, akhirnya kini pihak pembangun Desura telah pun mengeluarkan klien mereka untuk Linux, membolehkan para pengguna Linux memainkan pelbagai permainan komputer, iaitu lebih daripada 65 permainan terus pada platform Linux mereka dengan mudah.

Melalui klien Desura, ia membolehkan para pemain memasang permainan yang mereka hendaki, selain menambah patch dan memainkan pada semua distro Linux dengan mudah.

Pada masa yang sama, Desura juga menjanji akan terus menambah katalog permainan yang ditawarkan untuk pengguna Linux, membolehkan pemain Linux turut menikmati permainan komputer dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun klien Desura, dan menikmati permainan yang ditawarkan bermula hari ini, dan mula menikmati pelbagai permainan pada komputer Linux anda.


Firefox 5 Beta Dilepaskan Oleh Mozilla
µTorrent 3.0 Membawakan Sokongan Stream Media Ketika Muat-Turun
Canonical Meminta Para Pengguna Ubuntu Menggunakan Pakej OpenJDK Mengantikan Java
Rovio Melancarkan Permainan Angry Birds Pada Facebook Hari Ini
Mari0 Membawakan Permainan Super Mario Bros Dengan Gabungan Elemen Portals

15 Komen

  1. Faizal Bahruddin pada 20 Nov 2011

    Wah! tak sabar nk install ubuntu kat laptopa aku. :)

  2. mancis pada 21 Nov 2011

    menarik ni..

  3. ZoOL pada 21 Nov 2011

    Seriously?! Berita baik ni.. Asalkan xde problem pasal grafik tearing je la..

  4. EddyGeek pada 21 Nov 2011

    terbaik.. tapi kena keluar duit beli game.

  5. amirzaim pada 21 Nov 2011

    aku pun pakai yang ni dan ia ibarat perkhidmatan steam, tetapi versi linux. juga bolh run client ni kat windows.

    • anazhd pada 21 Nov 2011

      actually asalnye bende ni untuk windows and mac. linux ni baru je keluar. ;)

  6. Ikmal pada 21 Nov 2011

    wah ..nice ^^

  7. syahrilhafiz pada 21 Nov 2011

    developer mula nampak ramai guna Linux sekarang..bagus!

  8. syaf88 pada 21 Nov 2011

    terbaik… linux sudah nampak potensinya….

  9. Aizan Fahri pada 21 Nov 2011

    Need For Speed The Run…. we are waiting (pi kedai jap beli graphic card… hehe)

    • Beburung pada 21 Nov 2011

      Dah try demo, agak mengecewakan. NFS Hot Pursuit (2010) lagi syiok.

      Tapi untuk game racing, aku lagi suka Forza 4 (xbox360). Serius cun!

    • CEO TELEKOM MALAYSIA pada 22 Nov 2011

      beli bos..jgn x beli…syok grafik dier..tp hot Pursuit lg besh la bg part menghancurkan keter polis…yg ne racing je manjang..

  10. faggot pada 21 Nov 2011

    xyah main game kat windows la lps nih

  11. lanz pada 21 Nov 2011

    nice..lame tngu benda ni.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Ignite – Permainan Perlumbaan Kereta Untuk Linux Bakal Dilancarkan | LinuxMalaya

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader