18Nov

DiGi Bersama-sama Google Kini Menawarkan Perkhidmatan GMail SMS

Google, Telekomunikasi

Syarikat telekomunikasi terkemuka DiGi hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama-sama dengan pihak Google, dimana melaluinya, para pengguna DiGi boleh menggunakan perkhidmatan GMail terus melalui SMS,sekaligus memudahkan para pengguna DiGi menggunakan perkhidmatan emel daripada pihak DiGi terus melalui SMS.

Perkara ini sekaligus menjadikan DiGi sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan GMail SMS. Melalui perkara ini, ia sekaligus memudahkan para pengguna mengikuti kemaskini semasa GMail mereka melalui sebarang peranti mudah-alih dengan sokongan SMS.

Bagi yang tidak ketahui akan GMail SMS, melaluinya ia membolehkan para pengguna menggunakan perkhidmatan emel GMail pada peranti biasa, dimana para pengguna boleh menghantar mesej teks percuma terus melalui akaun GMail, dan sebarang balasan akan diperlihatkan melalui ruangan GMail Chat.

Bagi pengguna DiGi, perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma – dimana para pengguna boleh menerima semua kemaskini secara percuma, manakala setiap mesej yang dihantar melalui SMS dari telefon ke GMail akan dicaj RM0.10 setiap SMS.


YouTube Mencuba Konsep Video Tajaan
FeedBurner Di Integrasikan Bersama Analytics
DiGi dan Time dotCom Mengumumkan Kerjasama
Carian Sosial Google Kini Menyertakan Google+
Google Science Fair Kini Kembali Untuk Tahun Yang Kedua

12 Komen

  1. kaihnsn pada 18 Nov 2011

    Go go go DiGi. Terbaik sejak 2000.

  2. ZoOL pada 18 Nov 2011

    perghhh!! mantap.. aku slalu guna 0.facebook kat Opera mini.. terbaekk dr DIGI ;)

  3. Mejuez pada 18 Nov 2011

    Digi memang COOL!

  4. emrys pada 18 Nov 2011

    servis digi mmg terbaik.. cume coverage tu certain kwsan truk sikit..

    • Arrul pada 19 Nov 2011

      +1

    • lanzz pada 19 Nov 2011

      +999

  5. Hasbul Aqill pada 18 Nov 2011

    Terbaik ah. Digi sentiasa mendapat peluang pertama! :)

  6. jyundoo pada 18 Nov 2011

    style la dpt guna sms dari digi la. power

  7. Hisyam pada 18 Nov 2011

    Terbaik la Digi!

  8. riel pada 18 Nov 2011

    aku baru dapat dari info celcom tentang benda ni…..

  9. syamilshahimi pada 18 Nov 2011

    Promo DiGi memang best2. Cuma coverage je x berapa. Adoi

  10. Farid pada 19 Nov 2011

    Harus diingat hanya support no 016 jadi portable number yang jump ke digi tidak dapat menggunakan perkhidmatan gmail sms ke mobile ini ya


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader