07Nov

Digicert Malaysia : Kami Sedang Menyiasat

Sekuriti

Sebelum ini, pada penghujung minggu lepas, pelbagai nama besar, termasuk Google, Mozilla dan juga Microsoft mengumumkan yang mana mereka menarik kembali kepercayaan yang diberikan kepada Digicert Malaysia, dimana mereka tidak lagi mempercayai sijil keselamatan atas-talian yang dikeluarkan oleh mereka. Dan kini, Digicert Malaysia turut sama telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Menurut pihak Digicert Malaysia, mereka mengambil berat perkara ini, dan mengatakan yang mana mereka sedang menyiasat perkara ini, selain pada masa yang sama menidakkan sebarang penipuan di pihak mereka.

Sebelum ini, Entrust yang memberikan lesen pengedaran untuk sekuriti pelayaran web dan internet kepada pihak Digicert Malaysia telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menarik kembali hak tersebut bermula daripada Selasa ini, apabila ia dilaporkan yang mana sebanyak 22 laman telah diberikan sijil 512-bit yang lemah, dimana membolehkan sijil tersebut disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lanjutan daripada itu, Microsoft, Mozilla dan Google telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menarik kembali kepercayaan kepada Digicert Malaysia.

Terima kasih Junaidix.


Laman Pemilik OhMedia - JustKhai.com Di Godam
Semua Akaun Laman WordPress.org Ditetapkan Semula Kata Laluan
PayPal Dan CyberSecurity Malaysia Mempromosikan Bulan Disember Sebagai Bulan Untuk Pembelian Atas-Ta...
Lebih RM2.75 Billion Kerugian Disebabkan Jenayah Siber Sepanjang Lima Tahun Terakhir
Apple Menjemput Kaspersky Memberikan Nasihat Sekuriti Untuk OS X

6 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 07 Nov 2011

    katakan yes pada verifyCert

  2. CypherHackz pada 07 Nov 2011

    Mengharapkan mereka akan memberikan jawapan secepat yang mungkin.

  3. ekspresiruang pada 07 Nov 2011

    bahaya la plak bila dgr ni. slalu pakai digicert.

  4. Namawi pada 07 Nov 2011

    Management songlap lebih?

  5. A.S.F pada 08 Nov 2011

    le komen je lebih korang nie… korang tau tak pe tu DIGICERT????????

  6. dz pada 09 Nov 2011

    apa itu? B)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader