13Nov

Disebalik Latar Windows XP – Gambar Paling Popular Dunia

Lain-lain, Microsoft

Salah satu gambar yang paling popular di dunia adalah merupakan gambar latar desktop pada sistem operasi Windows XP, yang mana memaparkan gambar bukit yang berwarna hijau, dan telah dirakamkan oleh O’Rear, salah seorang bekas jurugambar untuk National Geographic. Kini, gambar tersebut telah menjadi gambar yang paling banyak diperlihatkan di planet ini, dimana hampir ke semua pengguna komputer atau desktop mengenali akannya.


Gambar Yang Dibeli Oleh Microsoft Dan Digunakan Pada XP [via]

Menariknya adalah dimana lokasi tersebut masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini melalui Google Maps, dimana melalui sokongan Panoramio, para pengguna boleh melihat lokasi, dan juga perubahan kawasan tersebut dari semasa ke semasa.

Menurut O’Rear, ketika merakamkan gambar tersebut, beliau tidak pernah terfikir untuknya digunakan sebagai gambar latar untuk desktop, dan semestinya tiada seorang pun jurugambar mensasarkan untuk gambar mereka digunakan sebagai gambar latar pada desktop atau komputer. Beliau sendiri telah melalui lokasi tersebut beberapa hari, dimana pada suatu hari, beliau telah turun dan mengambil beberapa gambar lokasi tersebut yang mana menarik perhatian beliau.

Beliau kemudiannya menerima panggilan mengatakan yang mana Microsoft berminat dengan gambar asal tersebut, dimana harga pembelian dan struktur pembayaran oleh pihak Microsoft tidak didedahkan oleh O’Rear. Namun apa yang dilaporkan adalah dimana pembelian gambar tersebut, merupakan pembelian gambar kedua paling mahal didunia sehingga kini.

Bagi anda yang ingin melihat lokasinya sendiri, boleh layarinya melalui Google Maps, dan aktifkan Street View, ataupun melihatnya melalui Panoramio.


Malaysia dan Teknologi Sepanjang 2010
Sesuatu Yang Menarik Berkaitan IE9 Pada 14 Mac Ini
Windows Update Pada Windows 8 Diberikan Nafas Baru
HackWeekend Bakal Kembali Pada Penghujung Bulan Ini
Sedikit Kemaskini Berkaitan Amanz (Mei 2012)

42 Komen

  1. razfira pada 13 Nov 2011

    wow menarik! memang desktop wallpaper paling glamour dan paling menyejukkan mata. hehehe

  2. aiez pada 13 Nov 2011

    itulah sejarahnya..baru tau,hehe…

    xp memang lagenda…

  3. Farid pada 13 Nov 2011

    wo, mana kau gali info ni?

  4. speedrider pada 13 Nov 2011

    Iconic picture!

  5. Shazwan pada 13 Nov 2011

    Wow, selama ni aku ingatkan ilustrasi grafik je.. Tak sangka mmg ada yg real.. +1

  6. chidori pada 13 Nov 2011

    mmg legend..

  7. Syukri Lajin pada 13 Nov 2011

    dah 7 tahun lebih gambar ni dekat market.. sampai skrang masih ramai yg guna XP.. hebat2

  8. Myvitrd pada 13 Nov 2011

    ok yeke.. baru aku tahu hari ini.. hehehe

  9. Ekspresi Ruang pada 13 Nov 2011

    kalau o’rear ni makan duit royalti pon dah cukop utk berapa keturunan dah agaknya, kan?

  10. scromix pada 13 Nov 2011

    kalo microsoft dah beli konfirm juta2 pnya.pergh.

  11. fadzioriq pada 13 Nov 2011

    Sesungguhnya ciptaan Allah adalah yang terindah~

  12. Ahmad Fikrizaman pada 13 Nov 2011

    ingatkan gambar tu lukisan… <–phailed

  13. ray pada 13 Nov 2011

    Walaupun dah ade windows 7/8 aku masih dual boot dgn windows Xp dan gunakannya.. Nostalgia..

  14. Nisa pada 13 Nov 2011

    FIUH.Tak sangka..femes pak cik ni jap..

  15. Pisyek pada 13 Nov 2011

    memang legend pakcik nih. :D

  16. zerous pada 13 Nov 2011

    wow gambar betul rupanya, selama ni aku ingat grafik jer….huhuhu…memang superb ciptaan Ilahi

  17. EddyGeek pada 13 Nov 2011

    wall ni membuat teringat kembali nostalgia lama aku belajar format sendiri. :-) this one is epic!

  18. Mashi pada 13 Nov 2011

    Rupanya wallpaper tu wujud yea.WWaaaaa

  19. ahmxn pada 13 Nov 2011

    perghhh

  20. alia pada 13 Nov 2011

    xpernah terpk tu gmbr real..huhu

  21. syahrilhafiz pada 13 Nov 2011

    fuyoo, ingatkan photoshop je semua ni :D

  22. Ikhwan pada 13 Nov 2011

    Sumpah aku ingat wallpaper tu graphic je

  23. semasa pada 13 Nov 2011

    selama aku pakai win xp, baru hari ni aku tau.. kekeke

  24. i wong pada 13 Nov 2011

    Apa ayat macam google translate jer? yang mana dimana apa mana…

  25. mdfaizal pada 13 Nov 2011

    mesti ramai yg tukar wallpaper kpd foto ni skrg. haha.

    Yg bagusnya bukit tu telah digunakan & dipelihara sebagai kwsn pertanian.
    kalau kt malaysia dah ada kondo agaknya. haha

  26. kaihnsn pada 13 Nov 2011

    lol ingatkan gambar potosop obe je tu. tertipu aku selama ni.

  27. Junaidi Mohamed pada 13 Nov 2011

    Fuh! gambar real rupanya, dulu kalau aku format guna XP mesti gambar ne org paling suka… pastu link google map tuh memang lawa gak kawasan pertanian dia.

  28. Hisyam pada 13 Nov 2011

    Korang agak walpaper MAC OS tu yang gambar kat angkasa lepas warna purple tu real atau photoshop?

  29. Wan Perlis pada 13 Nov 2011

    haha baru tau
    kaya pakcik tu hanya kerana ambik pic dan terus dibeli oleh microsoft
    memg patut jd default bg xp sebab cantik dan simple
    gambar versi asal ada x?

    • kih33 pada 14 Nov 2011

      pakcik kayo!!

  30. Zaini pada 13 Nov 2011

    Gambar ringkas sahaja. Tak kompleks tapi popular satu dunia.

  31. Jyundoo pada 13 Nov 2011

    aku ingatkan photographer Microsoft yg shoot gambo ni n edit, masukkan layer bgi nampak gempak :)

  32. amoi pada 13 Nov 2011

    haha. aku ingatkan gambar grafik je selama ni :P

  33. Frizly pada 13 Nov 2011

    Wow.. dasyat. Ada sejarahnyer rupanyer. hahaha.

  34. zulware pada 14 Nov 2011

    wow..baru ku tau…cantik kot gmbar win XP wallpaper nie..hehe

  35. zuan pada 14 Nov 2011

    memang tak dinafikan, wallpaper plng popular

  36. nur pada 14 Nov 2011

    wallpaper ni mmg default bila lepas install windows xp. Indahnya ciptaan Allah.

  37. soleh pada 14 Nov 2011

    Salam. Dia letak kat website mana gambar tu, sehingga Microsoft berminat nak beli?

    • Arrul pada 14 Nov 2011

      a’ah ek….

  38. kaihnsn pada 15 Nov 2011

    soleh,

    apa ko ingat ni photographer cikai ke mau letak dlm website. cer ko google Corbis yg jadi agent pakcik tu. Ingat nama Corbis tu ye. Bukan KOBIS.

  39. wandisini pada 15 Nov 2011

    cabaran kepada semua photographer..amik lah gambar yang cantik-cantik di mana jua. mana tahu ada rezki anda jadi macam pakcik O’Rear ni

  40. Azam pada 16 Nov 2011

    Tak silap kat Switzerland mmg ada panorama macam tu. Mmg cantik.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader