28Nov

Drumo Memudahkan Anda Mengetahui Lokasi Menarik Di Asia Pasifik

Web 2.0

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai aplikasi Qwest, yang menawarkan sokongan soal jawab secara interaktif berkaitan lokasi dan tempat menarik. Namun, pembangunannya seperti tidak aktif lagi buat masa sekarang ini, dan sebagai salah satu alternatif, kini pembangun dari Australia memperkenalkan sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai Drumo.

Menariknya mengenai Drumo adalah dimana ia memfokuskan kepada Asia Pasifik. Namun begitu, lokasi Kuala Lumpur masih lagi belum diaktifkan buat masa ini, dan mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui Drumo, ia membolehkan para pengguna untuk bertanya akan soalan berkaitan lokasi dan tempat yang menarik, seperti tempat makan, tempat percutian dan sebagainya, dan melalui penglibatan komuniti, anda akan mendapat cadangan yang amat menarik sekali. Selain daripada itu, syarikat dan organisasi juga boleh menyertai, dan menawarkan jawapan, selain tawaran menarik kepada para pengguna yang bertanya akan soalan.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah lokasi di Malaysia akan diaktifkan. Namun sekiranya anda mempunyai sebarang perancangan untuk melancong ke negara berdekatan, mungkin Drumo akan menyelesaikan masalah melawat tempat-tempat menarik di sana.


Facebook Membolehkan Anda Menambah Rakan Skype
Mau.my Bakal Membolehkan Pengiklanan Terus Pada Halaman Facebook
Laman Iklaneka - Mau.my Diberikan Nafas Baru
Twitter Menyokong Penghantaran Dan Penerimaan SMS Melalui Celcom Secara Rasmi
MediaFire Memperkenalkan Rekabentuk Dan Antaramuka Baru Laman

4 Komen

  1. zerous pada 28 Nov 2011

    ada typo admin, perenggan kedua “dan mungkin akan dilancarakan tidak lama lagi.” dilancarakan.

    • Alan pada 28 Nov 2011

      Yang menegur pun salah! HAHA :D

    • amy pada 29 Nov 2011

      dilancarkan….

    • Aman pada 29 Nov 2011

      dah dibetulkan. thanks. ;)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader