27Nov

#Tips : Buang Fail Pendua Pada Komputer Anda Dengan Menggunakan dupeGuru

Perisian, Tips Dan Tutorial

Dalam mengawal saiz storan pada komputer anda, salah satu perkara yang boleh dilakukan adalah dengan membuang fail pendua pada komputer anda. Kadang-kala kita tidak ketahui akan kemunculan fail pendua ini, dan tidak perasan akan dimanakah kita menyimpannya, dan dimanakah salinannya berada. Namun, perkara ini dapat diatasi dengan mudah melalui aplikasi percuma yang dinamakan sebagai dupeGuru.

Melalui dupeGuru, ia menyokong sistem operasi Windows, OS X dan juga Linux, dimana para pengguna boleh memuat-turun untuk kesemua sistem ini secara percuma. Namun, setiap sumbangan anda kepada pembangunnya amat dihargai.

Selain daripada dupeGuru yang mencari fail pendua secara amnya, para pengguna juga turut sama boleh menggunakan dan menguji aplikasi dupeGuru Music yang dikhaskan kepada fail-fail berbentuk lagu dan audio, serta dupeGuru Picture yang dikhaskan untuk fail-fail pendua berbentuk gambar dan imej.


Apple Memperlihatkan iMovie Dan Garage Band Untuk iPad
Firefox 5 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
Cluzee Dilancarkan - Membawakan Sokongan Bantuan Pintar Berasaskan Suara Ke Peranti Android
Chrome Versi Pembangun Kini Dikemaskini Kepada Versi 19
Tabung Haji Menyertai Penerbitan Buku Digital - Melancarkan Aplikasi Untuk iPad

10 Komen

  1. topek pada 27 Nov 2011

    thanx amanz… software ni mmg berguna sangat. :)

  2. Usaid Subki pada 27 Nov 2011

    Aplikasi double killer pun ok jugak.

  3. yapompiow pada 27 Nov 2011

    tips yg sgt berguna.

  4. Ahmad Fuad Adzmi pada 27 Nov 2011

    yea,, ade jugak mende ni,,

  5. Dalilah pada 27 Nov 2011

    saya dah dpat senanri duplicate, next step mcm mana? How to delete or remove the duplicate? Thx

  6. lanz pada 27 Nov 2011

    nice

  7. ramlan pada 27 Nov 2011

    sup dupe.

  8. alia pada 27 Nov 2011

    software yg best

  9. fiqueobiey pada 27 Nov 2011

    wah,bgus software ni

  10. Faizalsaedon pada 06 Dec 2011

    sangat berguna info ni… download segera…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader