Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sehingga kini, ramai yang menyukai akan sokongan dwi-SIM yang didatangkan didalam kebanyakkan peranti dari China, membolehkan anda bertukar kad-SIM dengan mudah dan pantas. Tetapi bagaimana pula dengan sokongan mengubah sistem operasi? Kini, sebuah peranti klon Nokia N9 diperlihatkan dengan sokongan untuk mengubah “sistem operasi” dengan mudah.
Bersama-sama dengannya, ia kelihatan klon Nokia N9 ini didatangkan dengan Symbian Anna, iOS 5.0, Windows Phone 7, MeeGo, Android 3.1 (HTC Sense dan Samsung TouchWiz), dan juga BlackBerry OS. Walaubagaimanapun, ia bukanlah sistem operasi sepenuhnya, tetapi lebih kepada pilihan antaramuka padanya, menjadikannya salah satu peranti yang menarik.
Dari segi spesifikasi pula, ia didatangkan dengan skrin seluas 3.8-inci dan juga kamera 1.3-megapixel, berbeza sepenuhnya dengan Nokia N9 yang sebenar.
Jadi, adakah sesiapa yang akan membelinya sekiranya ditawarkan di Malaysia?
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mcm copy je..bukan OS btol2 tu..haha
sistem operasi yg utama apa?
betul2 tukar OS ker atau cuma tuka2 shell jer
just tuka tema antaramuka jer.
oowh…UI je.ingatkan tukaq OS truih td
LOL..nih NOKIA ke NOKlA?
COKIA cap ayam
serupa pakai Dreamboard aje. haha
patutnya masuk dalam techtroll… haha
#failed kalau Nokia yang buat.haha
lolz… china made!. juz tukar theme.
bile baca betul2… oo… kire mcam theme Vista, 7, Mac for XP la nih… bleh tukar2 theme… hahaha… cool.
makin hebat teknologi dari china kini…
pergh
leh install macam2 gak ke
China… China…? *haihh -.-
Member aku boleh buat..tapi kene tukar memory card la…setiap satu memory ada satu OS..terbaik gile..certain2 phone je boleh..
mnarik tol..camner cara ny tue..ajar la skit..
haha..ni android..cuma die tukar launcher ni..