07Nov

Facebook Menggunakan Sokongan OAuth Sepenuhnya – Mengubah Kata Laluan Kini Lebih Mudah Dan Pantas

Google, Web 2.0

Mungkin semua sedia maklum akan yang mana Google menyokong fungsi OAuth melalui akaun mereka. Dan menariknya, kini ia kelihatan Facebook mula menyokong fungsi tersebut, dimana apabila kini para pengguna meminta untuk mengubah kata laluan akaun Facebook mereka, sebuah kotak dialog baru diperlihatkan, menjadikan pengubahan kata laluan lebih mudah dan pantas berbanding sebelum-sebelum ini.

Sebelum ini, apabila para pengguna meminta untuk menukar atau mengubah kata laluan, Facebook akan menghantar emel, dan seterusnya para pengguna perlu klik pada pautan yang disertakan padanya sebelum kata laluan diubah kepada yang baru.

Kini, melalui perubahan yang diperkenalkan, Facebook mengambil peluang daripada fungsi OAuth, dimana sekiranya anda melalui pelayar web yang sama telah log masuk ke akaun Google, maka sebuah kotak dialog baru akan diperlihatkan, membolehkan anda mengubah kata laluan serta-merta tanpa perlu melalui pelbagai langkah seperti sebelum ini.

Walaubagaimanapun, sama seperti akaun-akaun dan aplikasi yang lain, para pengguna perlu memberikan kebenaran untuk mengakses akaun Google terlebih dahulu untuk kali pertama, dan untuk kali kedua dan seterusnya ianya akan berfungsi secara automatik.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi mula mengintegrasikan fungsi yang lebih kurang sama satu per satu.


Yemmz! - Laman Sosial Daripada TM
Domain Tulisan Jawi, Cina dan Tamil Akan Di Perkenalkan
TeratoTech Memperluaskan Syarikat Ke Amerika
Rekabentuk Baru Untuk Google Apps Turut Diperkenalkan
Google Melancarkan Aplikasi Google Wallet Kepada Umum

11 Komen

  1. Syukri Lajin pada 07 Nov 2011

    bagus~ aman skit nak tukar password.. takut gak nak click2 link lam email kadang2.. huhu

    • ikmal pada 07 Nov 2011

      btl3~

  2. Mejuez pada 07 Nov 2011

    Lepas ni takda lah exgf exbf duk tukar2 password kita lagi.. rimas laa…

    • azwan11 pada 07 Nov 2011

      +1

  3. riel pada 07 Nov 2011

    dijamin selamat ke tu…..

  4. Arrul pada 07 Nov 2011

    Like Like Like Like Like Like Like

  5. amir pada 07 Nov 2011

    bgusnye fb!

  6. Wan Perlis pada 07 Nov 2011

    rasa cam lbh senang lagi plak hacker nak hack

  7. ali mamk pada 07 Nov 2011

    ok la kalo memudahkan

  8. amoi pada 07 Nov 2011

    +10

  9. scromix pada 07 Nov 2011

    xbrape pham ayat bila da dijadikan dalam bm..cmne erkk tu benda ni?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader