07Nov

Facebook Kini Membolehkan Kemaskini Profil Dihantar Ke Akaun Twitter

Web 2.0

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan, kini Facebook secara rasminya menyokong fungsi untuk menghantar kemaskini anda terus ke profil Twitter dengan mudah, sekaligus pada masa yang sama membolehkan anda mengemaskini kedua-dua laman sosial itu dengan mudah dan pantas.

Sebelum ini, pihak Facebook telah pun memperkenalkan fungsi yang serupa untuk para pengguna Facebook Pages untuk menghantar kemaskini mereka kepada Twitter dengan mudah, dan kini fungsi tersebut diperluaskan dengan diperkenalkan kepada pengguna profil biasa pada Facebook.

Walaubagaimanapun, hanya kemaskini yang dilabelkan sebagai “Umum” sahaja yang akan diperlihatkan di Twitter, dan sebaliknya tidak akan diperlihatkan. Selain itu, para pengguna juga dengan mudah boleh berkongsi apa sahaja, daripada gambar, pautan, kemaskini status dan sebagainya ke akaun Twitter mereka.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, para pengguna hanya perlu ke halaman Facebook Twitter, dan boleh menguruskan segala akaun dibawah kendalian anda dengan mudah melaluinya.


Blogtitude Mula Mengintegrasikan Facebook Connect
Oh! Media FM Dilancarkan Secara Rasminya
Beberapa Pengguna Tempatan Mula Menerima Fungsi Facebook Timeline
Facebook Mula Mempromosikan Facebook Timeline Pada Halaman Log Masuk Dan Pendaftaran
Mentari Works Bakal Melancarkan Perkhidmatan Untuk Pencari Kerja - Kdnp.me

19 Komen

  1. kaihnsn pada 08 Nov 2011

    Bagus bagus memudahkan kerja. tapi kena limit 140 karekter jugak ke?

  2. kaizen pada 08 Nov 2011

    sekali aku dah terauthorize plak… hahaha

  3. syairi pada 08 Nov 2011

    bagus2.. snang la lepasni..

  4. EddyGeek pada 08 Nov 2011

    rasa dalam mimpi kut kalau facebook nak wat camni dengan google+, vice versa. :-)

    • izwannizam pada 08 Nov 2011

      biggest rival takkan nak buat macam tu :D

  5. pajill pada 08 Nov 2011

    Wow beestnye

  6. Mohd Isa pada 08 Nov 2011

    wah, menarik ni. perlu cuba…

  7. Nisa pada 08 Nov 2011

    Sonang cerita!

  8. syahrilhafiz pada 08 Nov 2011

    lol..macam best je..pasni spam

  9. aizatjat pada 08 Nov 2011

    nice

  10. Zulhilmi Zainudin pada 08 Nov 2011

    Okay lepas ni lagi mudah. Tak perlu pakai Ping.Fm lagi. Hehe.

  11. Omar pada 08 Nov 2011

    Bukan ni dah memang ada ker? Hmm…

    • Mus pada 08 Nov 2011

      rasanya memang lama dah ada ni..

  12. Hazriq Ishak pada 08 Nov 2011

    kalau fb ke twitter tidak apa lagi sebab update status facebook, jarang jarang.
    ni kalau siapa yang link twitter ke facebook, yang annoying. dah lah tweet setiap 15 saat. menyemak!

    • Jwan pada 08 Nov 2011

      +11111111111

      • nas pada 08 Nov 2011

        +1

  13. ali mamak pada 08 Nov 2011

    memudahkan.. bagus2

  14. null pada 08 Nov 2011

    Yeah..”No Wrong Door”..dua dua pun boleh

  15. alia pada 08 Nov 2011

    untuk artis2 snang la diorg nk update aktiviti diorg..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader