11Nov

Pendaftaran Faces.my Beta Dibuka – Dapatkan Akaun Profil Anda Sekarang

Web 2.0

Setelah dinantikan sekian lama, kini ianya kelihatan yang mana pihak pembangun Faces.my sudah pun bersedia menerima pendaftaran, dan bagi mereka yang ingin mendapatkan akaun profesional mereka tersendiri, anda sudah boleh mendaftarkan diri anda sekarang, secara percuma. Namun begitu, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta, para pengguna perlu terlebih dahulu melanggan Faces.my terlebih dahulu, baru dapat mendaftarkan akaun padanya.

Melalui apa yang kelihatan, Faces.my tidak menyertakan integrasi sosial seperti yang diperlihatkan melalui paparan skrin sebelum ini. Mungkin fungsi tersebut terpaksa ditangguhkan sementara waktu, dan akan diperkenalkan pada masa akan datang. Sokongan carian profil juga masih belum diperkenalkan buat masa ini pada Faces.my.

Selain daripada itu, proses pendaftarannya amat mudah, dimana para pengguna boleh memilih untuk menyertakan skill dan kebolehan mereka – serta menyertakan tahap kepakaran mereka, dan juga turut sama menyertakan pengalaman pekerjaan mereka. Menariknya adalah, para pengguna boleh turut sama menyertakan portfolio mereka pada laman tersebut dengan mudah. Pihak Faces.my juga turut sama mengatakan yang mana mereka turut akan memperkenalkan sokongan portfolio bagi para penulis (copywriter), dimana sokongan nota ringkas bakal diperkenalkan padanya.

Twitter @Faces_my Diintegrasikan Sokongan Balasan Automatik

Memandangkan kebanyakkan pekerja bebas mempunyai akaun Twitter mereka tersendiri, Faces.my dijangka bakal memperkenalkan sokongan balasan automatik menggunakan Twitter, dimana para pengguna boleh menghantarkan sebarang pertanyaan kepada akaun Twitter @Faces_my, dan menerima jawapan serta merta, sekaligus memberikan perkhidmatan pelanggan mereka melalui Twitter.

….

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempunyai akaun Faces.my yang mana turut boleh digunakan sebagai resume atas-talian anda, anda boleh mendaftarkannya hari ini, melalui halaman rasmi Faces.my, dan mula mempromosikan akaun anda kepada semua melalui URL unik yang diberikan. Anda juga boleh ketahui lebih berkenaan dengan pelancaran Faces.my Beta ini melalui artikel pada blog mereka.


GengBlogger Melangkaui 15,000 Pengguna
Hari Terakhir Membuat Salinan Data Friendster Sebelum Ianya Dipadam
FourSquare Pages Bakal Dibuka Kepada Semua Minggu Ini
Facebook Menjana $1.6 Billion Sepanjang Enam Bulan Pertama 2011
Roadhop - Rancang Perjalanan Bas Dan Keretapi Anda Dengan Mudah

29 Komen

  1. Hazriq Ishak pada 11 Nov 2011

    ianya nice and clean. +1

    http://faces.my/hazriqpedia

  2. Aman pada 11 Nov 2011

    Aku nyer : http://faces.my/amanfirdaus

    • naz pada 12 Nov 2011

      peh, aman copywriter. huhu

  3. rusman pada 11 Nov 2011

    lepas register dia tulis “You has been registered”. huhu grammatical error tuh.

    • Annie pada 12 Nov 2011

      Ooops, our bad! Thanks Rusman for the notice. We’ll fix that nanti ;)

  4. faiz pada 11 Nov 2011

    Aku takde, beta dah amik dulu :p –> http://faces.my/Beta

  5. azrain pada 11 Nov 2011

    suda register … http://faces.my/muhdazrain

    expectation aku agak high tp baru beta, takpe la. hopefully ade beberapa perkara kene perbaiki. tgh karang utk feedback…kehkehkeh

    BTW, nice job! keep up the good work…

    • Annie pada 12 Nov 2011

      Looking forward to the feedback, Azrain! ;)

  6. Pisyek pada 11 Nov 2011

    nape aku je yang xde avatar nih??? tensi sungguh. hahaha.

    http://faces.my/pisyek

    • Firdaus pada 11 Nov 2011

      Sila tukar gambar lain. System tak terima wahaha!

    • azrain pada 11 Nov 2011

      same la. lepas upload, tak kuar ape2

      • Annie pada 12 Nov 2011

        Hi! Masalah tentang avatar ni nanti saya forwardkan kat dev team. Thanks for noticing ;)

    • azraai pada 12 Nov 2011

      Weird bug. Will try to reproduce.

      AA

  7. Annie pada 11 Nov 2011

    Anda boleh juga register dgn tweet-kan kepada email anda kepada saya : “@faces_my annie, i would like an invite for emailanda@mail.com

    • FaizFizy Rosle pada 12 Nov 2011

      done!

  8. Mejuez pada 12 Nov 2011

    Japg aku try daftar…. =)

  9. ramlan pada 12 Nov 2011

    kalau skill saya lebih 9000 macam mana?

  10. Mejuez pada 12 Nov 2011

    Only private invites can register a new account at the moment.

    • Annie pada 12 Nov 2011

      Yes, that’s true. Previously, we displayed a sign up form on our temporary website for users to sign up to be our Private Beta user. If you are interested to become one:

      Login to your Twitter account and send a tweet like this without the “” and inserting your correct email address

      “@faces_my annie, i would like an invite for emailanda@mail.com

      If you don’t wish to display your e-mail privately, please tweet @faces_my or leave a comment on our Facebook page https://www.facebook.com/FacesMY

      ;)

    • Fairuz pada 12 Nov 2011

      Masalah yang sama jugak. :-( Siapa nak invite saya. Pliz kawan2.

  11. hanafi bhari pada 12 Nov 2011

    wahh . macam macam :3

  12. hasdan pada 12 Nov 2011

    sape nak invite saya nie? waaa..amanz tolong..tolong!

  13. Ismail pada 12 Nov 2011

    +1

  14. Annie pada 12 Nov 2011

    Jika ada sebarang pertanyaan boleh tweet kat @faces_my atau comment kat facebook.com/FacesMY

    Atau boleh tinggalkan message kat website (www.faces.my) ade Feedback button

    Don’t worry, will help you guys ;)

  15. Bob pada 13 Nov 2011

    kacak

  16. aeyie® pada 14 Nov 2011

    invite.. invite.. invite.. invite..

  17. Hailan Abdul Hamid pada 30 Nov 2011

    invite saya boleh ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader