06Nov

Firefox 8 Versi Stabil Kini Sedia Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP Mozilla

Perisian, Sumber Terbuka

Baru sahaja kami menulis mengenai yang mana Mozilla akan melancarkan pelayar web generasi baru mereka secara rasminya pada hari Selasa ini, dan menariknya beberapa minit yang lepas, ia kelihatan yang mana pembangun pelayar web Firefox telah pun memuat-naik versi stabil Firefox 8 ke pelayan Mozilla, dan sedia dimuat-turun oleh semua pengguna.

Namun begitu, pihak Mozilla masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Sebelum ini, pada versi Firefox 5 dan juga Firefox 6, perkara sama juga berlaku, dimana pembangun pelayar web Firefox memuat-naik versi akhir beberapa hari sebelum Mozilla mengumumkannya secara rasmi.

Melalui Firefox 8, Mozilla membawakan perubahan pada panel carian mereka, menyertakan sokongan carian pada Twitter, selain meningkatkan masa permulaan Firefox 8 menjadikannya lebih pantas, sokongan HTML5 dan CSS3 yang dipertingkatkan, serta pada masa yang sama turut menyertakan cara pengurusan plugin yang serba baru sekaligus meningkatkan lagi sekuriti pelayar web berkenaan.

Bagi mereka yang berminat, Firefox 8 boleh dimuat-turun untuk platform Windows, Linux dan juga Mac terus daripada pelayan Mozilla hari ini. Pengumuman rasmi berkaitan pelancaran pelayar web generasi baru ini dijangka akan diumumkan pada hari Selasa ini.


Yoonic.tv - Tonton Rancangan Kegemaran Hanya Melalui Komputer
WordPress Bakal Memperkenalkan Sokongan Import Artikel Daripada Tumblr
Firefox 7 Beta Dilancarkan - Memfokuskan Kepada Pengurusan Memori
Mozilla Firefox 13 Beta Dengan Halaman Tab Baru Diperkenalkan
BitTorrent Bakal Menjenamakan Diri Kepada Gyre?

23 Komen

  1. Jyundoo pada 06 Nov 2011

    yeah, mesti download, jadi pengguna terawal

  2. alia pada 06 Nov 2011

    yeay dh download!

  3. AMR pada 06 Nov 2011

    mozilla terbaik!

  4. yapompiow pada 06 Nov 2011

    wajib download!

  5. sniper pada 06 Nov 2011

    IDM ok x….klu ok leh ler download tu yg penting…:)

  6. myFirdaus pada 06 Nov 2011

    start mendownload skrang,,,

  7. mumtazah pada 06 Nov 2011

    Untuk window perlukan password untuk dowload dari ftp firefox

    • Namawi pada 06 Nov 2011

      Eh yeke? Aku selambe je direct download tadi dari server ftp Mozilla.

    • nas pada 07 Nov 2011

      bleh je download..

  8. fiziesss pada 06 Nov 2011

    Wah..bagusla gini.. senang sikit..

  9. syahrilhafiz pada 07 Nov 2011

    cantik la..lagi laju ni..

  10. Ismail pada 07 Nov 2011

    downloaded….thx :D

  11. Syazwan pada 07 Nov 2011

    cam ner nk download???

  12. Syazwan pada 07 Nov 2011

    ok dh jumpe sye click kt tulisan windows tu haha

  13. topo pada 07 Nov 2011

    updates lagi? -.-

  14. Syazwan pada 07 Nov 2011

    korang install cam ner sye install die nk letak password lah ape lah

  15. AMR pada 07 Nov 2011

    dah download! :)

  16. lanzz pada 07 Nov 2011

    yeah ! sedang mengunakn .

  17. Syazwan pada 07 Nov 2011

    adoi cam ner???

  18. Anarm pada 08 Nov 2011

    takleh download pon..

  19. mes0ul pada 08 Nov 2011

    http://releases.mozillaonline….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader