Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pelancaran pelayar web Firefox 8.0 tempoh hari, kini pembangunan pelayar web generasi berikut telah memasuki fasa berikutnya, dimana kini Firefox 9.0 Beta sudah pun sedia diuji oleh semua pengguna seluruh dunia, samada pengguna Windows, Linux mahupun Mac OS.
Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal, Firefox 9.0 Beta tidak membawakan sebarang perubahan drastik berbanding sebelum ini. Namun, ia diperkatakan yang mana Firefox 9.0 kelak akan membawakan antaramuka yang lebih menarik lagi, menjadikannya lebih mesra pengguna. Pada masa yang sama prestasi dan penggunaan memori juga diberikan perhatian serius, untuk menjadikan pelayar web Firefox lebih ringan, dan pantas beroperasi.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 9.0 Beta hari ini untuk sistem operasi Windows, Linux dan Mac OS, dan mula mengujinya hari ini, sebelum ianya dilancarkan kepada semua pengguna dalam bentuk stabil dalam tempoh 6 minggu lagi. Firefox 9 juga dijangka akan menjadi versi terakhir pelayar web Firefox untuk tahun ini.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Hti ku msih di Chromium…
Setia dengan Nightly 11.0a1 ..
setia juga hanya kepada chrome. Hahaha
belum apa apa dah nak release 9 beta. aiyyyaaa
aik?baru je update 8.0.sekarang dah keluar 9.0 dah?uih…cepatnya…
beta la
ni dh support idm x?
bukan firefox yang kena support idm, tapi idm yang kena support firefox
x suppor kowt, yg no 8 pon x
IDM dah bleh support yg ver 8 nie. cuma kena update idm ke latest release
knapa laju gile kuar versi skrng firefox?
yg 8.0 pon x update lg..lame dh x pakai ff nie..
dh agak lama aku melupakan firefox selepas chrome berjaya menawan hatiku..