16Nov

Firefox Nightly Kini Mengintegrasikan Sokongan Kemaskini Automatik

Web 2.0

Salah satu perkara yang dinantikan pada pelayar web Firefox adalah mana kemaskini secara automatik pada pelayar web tersebut, lebih kurang sama seperti pada Chrome, yang mana sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan pelayar web versi terkini daripada Mozilla, tanpa perlu membuatnya secara manual. Dan menariknya, kini perkara tersebut sudah pun mula kelihatan pada versi pembangunan pelayar web tersebut.

Untuk menjayakan perkara ini, Mozilla kini melalui pelayar web Firefox Nightly menyemak versi terkini pelayar web yang terdapat dipasaran, dan kemudian memuat-turun dan memasangnya pada sebuah folder khas. Kemudian, apabila pelayar web tersebut dimulakan semula, Firefox versi baru dijalankan, dan segala fail digantikan secara automatik.

Bagi mereka yang berminat untuk menguji perkara ini, mungkin anda boleh memuat-turun dan menguji Firefox Nightly versi pembangunan. Mungkin kita kena menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat fungsi ini benar-benar diintegrasikan, yang mana berkemungkinan pada Firefox 10 atau Firefox 11.


Lebih 60 Permasalahan Di Selesaikan Pada WordPress 2.6.1
Friendster Shoutout Stream - Pengintegrasian Twitter?
DrBook2U.com Bukan Milik Dr Rozmey
Butang Facebook Like Kini Genap Setahun Diperkenalkan
Aplikasi OhMediaFM Untuk Android Dilancarkan

4 Komen

  1. Tak Tahu pada 16 Nov 2011

    Aku lebih suka kemaskini secara manuall :) memberi kepuasan .. hehee

  2. Mochan pada 16 Nov 2011

    Kalau dia update sendiri lps tu add on xsupport..apa guna?

  3. Jyundoo pada 17 Nov 2011

    otomatik update yyer. cm chrome

  4. faggot pada 17 Nov 2011

    jom update


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader