Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pengumuman penamatan sokongan Flash untuk platform mudah-alih, kini Adobe telah pun mengeluarkan pengumuman mengatakan yang mana Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan menjadi platform terakhir disokong dengan Flash, dan kemaskini Flash untuknya akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2011 ini.
Ia juga sekaligus memperlihatkan yang mana Android 5.0 dan seterusnya akan menjadi platform bebas daripada Flash, dan memfokuskan pada platform lain, seperti HTML5 dan lain-lain. Lebih-lebih lagi dengan dunia yang kini beralih pada platform mudah-alih, kini telah menjadi tugas setiap pembangun web dan aplikasi menjadikan aplikasi mereka mesra peranti mudah-alih, dan mungkin Flash akan menjadi kurang popular secara berperingkat.
Google dijangka akan memperkenalkan Android versi seterusnya pada April tahun hadapan, ketika acara tahunan mereka Google I/O. Buat masa ini, maklumat mengenainya masih lagi tidak diketahui lagi, dan beberapa ura-ura memperkatakan yang ia akan dikenali sebagai Jelly Bean.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Site gempak2 especially filem hollywood kena adapt html5 psni~
bye2 flash….
hehehehehe….patut steve job x support flash
Jelly Bean?? Awat tak letak Mr.Bean 5.0 je…. >_<
kalau guna nama tu,takut mr bean saman lak…hehehe..
baru cadang nak upgrade flash project aku jadi android apps -.-
berdesup…….
Kalo takde flash lagi laju ker? Penggunaan data plak mcm mana hek. Tak brapa tahu sngat pro & contra html5 nie…..
Dengar citer people who recently bought Galaxy Nexus on UK dapat phone yang x support Flash. Hmmm, maybe ada technical issue di situ.
Flash utk ICS hujung thn ni.. Adobe dah announce..
Steve jobs was damn right..flash is aged technology…dia da lama nmpak html 5 nyer future..
Terbaiklah Google
X kira la flash tu aged tecnology ke ape, dia x suka flash sbb x sekepala dgn ceo adobe ke ape.. xde kaitan dgn btoi salah pun.. tp kalau pk2 balik, setiap 1 produk tu msti la releven dgn satu2 masa..
yup.steve jobs ni mostly ade personal issue. sapa kata flash xbest?mungkin berat tp flash mmg nice.cuma its about time la kot kita adapt new system.
Selamat Tinggal Flash.
adios flash. terima kasih atas jasa yg telah anda sumbangkan
Atuk jobs x guna flash kat iphone pasal nak jimat bateri dgn xnak lag je… Lepas tu bangga la kononnya online kt iphone dapat lebih masa kalau x guna flash lolwut… Sume orang tau…
tak berapa nak paham.. tapi selamat tinggal flash…….
bru je nk gune flash!!
u jelly??
bubui flash,,
Tapi secara teknikalnya, Flash mmg salah satu sebab knape browser dlm Android tak selaju Safari di iOS.