29Nov

Google I/O Ditunda – Menjadi Tiga Hari – Lebih Banyak Produk Google Akan Diperkenalkan?

Google

Salah satu acara tahunan yang dinantikan daripada pihak Google adalah Google I/O, dimana kebanyakkan produk-produk baru dan kemaskini diperkenalkan oleh Google. Google I/O sebelum ini disasarkan untuk diadakan pada bulan April 2012, namun hari ini, Google mengumumkan penundaan acara tersebut, dimana kini ia bakal diadakan pada Jun 2012 kelak.

Buat masa ini, tiada sebarang sebab utama diumumkan oleh Google untuk perkara ini, selain daripada mengatakan yang mana melalui penundaan ini, mereka bakal mengadakannya selama 3 hari, sekaligus membolehkan pembangun mempunyai masa yang lebih lama untuk berhubung dan mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengannya.

Namun, salah satu perkara yang mungkin kita akan dapat lihat adalah pengumuman produk baru daripada Google melalui penundaan ini. Sebelum ini, dengan mengadakan selama dua hari, kita dapat melihat mereka mengumumkan pelbagai perkara baru pada setiap hari ianya diadakan, yang mana biasanya akan memfokuskan kepada Android dan Google Chrome, pada hari masing-masing.

Tetapi, kini dengan mengadakannya selama tiga hari, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak produk baru yang akan diumumkan oleh pihak Google kelak.

Jadi, apakah yang dijangka akan diumumkan pada hari tersebut? Android 5.0? Google Chrome yang lebih canggih? Produk baru dari bahagian Google X?


GMail Labs Memperkenalkan Multiple Inboxes
Google Chrome 8 Kini Mencapai Tahap Stabil
Google+ Dibuka Kepada Umum? (Dikemaskini)
Aplikasi Google+ Kini Turut Menyokong iPod Touch Dan iPad
Lebih 4 Billion Video Ditonton Melalui YouTube Pada Setiap Hari

4 Komen

  1. Ismail pada 29 Nov 2011

    not bad… ;)

  2. fiqueobiey pada 29 Nov 2011

    wah,menarik

  3. Ahmad Fuad Adzmi pada 29 Nov 2011

    banyak device yang akan diumum,,

  4. syamilshahimi pada 29 Nov 2011

    Kaman Google Wallet, senyap je. Feature dah awesome dah tu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader