09Nov

Google Mematikan Sokongan Untuk Aplikasi GMail Untuk BlackBerry

Google

Nampaknya bukan sahaja dengan zaman BlackBerry yang popularitinya kian merudum dikalangan pengguna, tetapi pihak pembangun juga, dan bertambah menyedihkan lagi adalah dimana kini Google secara rasminya mengumumkan yang mana bermula daripada 22 November 2011 akan datang ini, mereka akan mematikan sokongan untuk aplikasi GMail pada BlackBerry.

Sokongan yang dimatikan adalah untuk aplikasi GMail yang dipasang, manakala sokongan emel terbina melalui BlackBerry terus akan disokong. Walaubagaimanapun, selepas tarikh tersebut, para pengguna akan terus dapat menggunakannya, tetapi tidak akan disokong oleh Google lagi, bermaksud tiada kemaskini sekuriti dan sebagainya akan dikeluarkan.

Melalui aplikasi GMail untuk Blackberry, salah satu fungsi yang amat menarik adalah sokongan carian emel GMail dengan mudah dan pantas, memudahkan anda melihat arkib emel dengan mudah. Dan berita ini semestinya akan menyedihkan ramai pengguna aplikasi tersebut pada platform BlackBerry.

Beberapa hari sebelum ini, GMail untuk iPhone telah diperkenalkan untuk iPhone, tetapi ditarik semula kerana mempunyai beberapa pepijat padanya.


Fungsi Tab Baru Chrome Untuk Mozilla Firefox
Google Menamatkan Servis Google Wave
Blogger Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dashboard Baru
Swiffy Membolehkan Fail Flash Diubah Menjadi HTML5
Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun

15 Komen

  1. anazhd pada 09 Nov 2011

    omfg :(

  2. amoi pada 09 Nov 2011

    blackberry dah tak ada orang minat ke? T_T

  3. Roslan pada 09 Nov 2011

    blackberry fag…

    • Hisyam pada 10 Nov 2011

      Kahkah kah, aku ingat selama ni tak wujud ayat tu.

      Totally +111111111

    • slee pada 11 Nov 2011

      xbest lnsung ayat tu nok kehkehkeh

  4. Gee pada 09 Nov 2011

    baru cadang beli BB

  5. shahrul pada 09 Nov 2011

    google nak suh org pakai android le ni :(

    • Jwan pada 11 Nov 2011

      +1

  6. Jyundoo pada 10 Nov 2011

    xlame dah tu blackberry ni. sedih i

  7. joe pussycat doll pada 10 Nov 2011

    untunglah~

  8. feirdaussb pada 10 Nov 2011

    berita yg kurang enak..damn..

  9. Ayul pada 10 Nov 2011

    Kesian bb

  10. amer sparrowhawk pada 10 Nov 2011

    android rules!

  11. Mashi pada 10 Nov 2011

    Aik bukan ramai ke pakai BB ni?

    • Dhiya Faris pada 11 Nov 2011

      mmg ramai, tp faham2 la, google nak naikkan produk2 dia je..
      :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader