Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sebuah video mengenai GMail tersebar sebelum ini, hari ini, pihak Google secara rasminya mengumumkan kemaskini pada perkhidmatan emel mereka, membawakan pelbagai fungsi menarik bersama-sama dengannya, menjadikan perkhidmatan emel daripada Google lebih menarik dan lebih peribadi lagi.
Memandangkan fungsi utama GMail adalah untuk berkomunikasi, Google telah memberikan perhatian serius padanya, dimana kini ia diperlihatkan dengan lebih menarik lagi, dimana para pengguna boleh membaca emel dengan lebih mudah, selain avatar ringkas turut diperlihatkan, untuk memudahkan anda mengenali seseorang pengguna itu.

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan tema yang lebih menarik lagi, dengan gambar-gambar yang didatangkan terus daripada iStockPhoto. Google juga turut sama memperkenalkan sedikit peubahan pada sistem navigasi mereka, menjadikannya lebih menarik lagi.
Semua perubahan dengan tema GMail yang baru akan mula diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi, dan Google dijangka akan membawakan perubahan dan pengenalan fungsi baru ini secara berperingkat bermula dalam beberapa hari lagi.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
personally, saya suka
Terbaik.. ada saja menda br.. hee..
ada avatar kat emel ker?..nice
Finally!! aku tak suka sangat “conversation thread” dalam Gmail sebab bila byk sgt reply dah jadi menyemak.. baru semalam aku deactivate conversation tue..
Saya pengguna Gmail. HAHA
makin lama makin bagus~
naiss
baru je activate. sangat win!
semakin mudah..like!!
Saya suka!!!
gmail terbaik!