Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan fokus Google pada Google+, dan beberapa produk yang lain, sebelum ini Google telah pun mengumumkan untuk menghentikan sokongan dan pembangunan beberapa produk, dan bilangan produk tersebut terus bertambah apabila hari ini mereka mengumumkan tambahan beberapa produk lagi yang mana turut akan dimatikan tidak lama lagi.
Lebih daripada 7 produk mereka diumumkan akan dimatikan, termasuk Google Gears yang pernah diumumkan sebelum ini. Antara produk lain yang turut diumumkan akan menerima nasib yang lebih kurang sama adalah Google Bookmarks Lists, Google Friend Conect, Google Gears, Google Search Timeline, Google Wave, dan juga Knol.
Sebelum ini sendiri Google telah mengumumkan akan mematikan pembangunan Google Gears, dan bermula daripada 1 Disember kelak, sokongan Gears pada GMail dan Calendar akan dibuang, selain mana tidak lagi boleh dimuat-turun, sekaligus membolehkan Google memfokuskan sepenuhnya pada HTML5.
Google Wave juga telah dimatikan pembangunan pada tahun lepas, dan bermula daripada 30 April 2012 kelak, ia akan dimatikan sepenuhnya. Google Friend Connect pula dimatikan untuk membolehkan Google mempromosikan Google+ Pages, sementara Knol yang memfokuskan pada kandungan akan dimatikan pada 30 April 2012 dan membolehkan para pengguna yang berminat memindahkan data mereka ke WordPress.com dengan mudah melalui perkhidmatan mereka.
Mungkin dari semasa ke semasa, kita akan terus dapat melihat Google mengemaskini perkhidmatan mereka, dan mematikan beberapa perkhidmatan lain yang tidak mendapat perhatian pengguna.
23 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Google Wave… Focus on Google Wave!!! Bazir masa jer focus kat Google+
Google Wave ni bagus. aku sangat2 berharap teknologi pada google wave dimasukkan dalam google+.
menamatkan…. mematikan tu macam membunuh ajer…
GFC…? kakakaka. habis macam mana yang belog sampai ribu2 follower tu… hahaha
pakat-pakat buat fanpage fb la semua lepas ni. hahahahaha.
lepastu mark pun delete facebook sbb dh insaf EH tetibe -.-
Ajak diaorang follow G+ Pages lah
dengar cerita Mark Zuckerberg nak matikan juga Fan Page yang entah ape2 tue
#troll je nie
terbanglah followers yang sejemput tu -.-
kehkehkeh
dah agak dah
manjang sekerat jalan
Google banyak duit boleh la buat macam-macam pilot project. Cuba kalau kompeni kecik-kecik, kalau nak cancel projek, mana nak cover duit balik. Tapi kita tak rugi apa-apa pun sebab kebanyakan benda alah tu free je kot.
Salam,
Semalam tergerak hati buang widget google friend connect dan gantikan dengan pages G+ hihihi
banyak beno projek mati di tengah jalan
aiyokkkk aiyokkk abes ben 10 dan folower beliau
+1
+1 x1000 sebab aku faham apa maksud kamu
+1
bagus lah!! yeppi! haha
dah aku tengok tak de function pun benda tu
hahahaha.. follower berjuta tu..
laa.. habisla follower blog aku yang baru mencecah 1k… adehh.. camne nak carik balik
Google Friend Conect akan ditamatkan. Jadi kepada pengguna blog yg menggunakan GFC, sila gunakan G+ sebagai pengganti, buat Circle Blog di G+ anda dan tambah blog2 yang anda nak follow ke Circle Blog G+ anda.