Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan sokongan fungsi panggilan video pada Google+ sebelum ini, melalui Hangout, kini Google+ terus mengintegrasikan pelbagai fungsi menarik, dan Google telah pun memperkenalkan sokongan sembang teks pada rangkaian sosial popular tersebut, membolehkan semua pengguna menggunakan fungsi sembang teks dengan mudah, tanpa perlu memulakan Hangout.

Dan bertambah menarik lagi adalah dimana Google+ turut menyokong fungsi sembang selari, membolehkan anda bersembang dengan semua rakan anda dengan kotak sembang semuanya berjalan dan dibuka serentak, berbeza dengan Facebook yang baru sahaja memperkenalkan fungsi tersebut, dan masih belum diperkenalkan secara meluas.

Selain daripada itu, Google+ juga memudahkan anda memulakan fungsi sembang video terus dengan mudah melalui tetingkap berasingan, tanpa perlu menganggu apa yang anda sedang sembang dengan rakan-rakan sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd