19Nov

Google+ Memperkenalkan Topik Terhangat Dan Sokongan Tag Gambar

Google

Nampaknya, selain daripada Twitter, kini Google turut sama memperkenalkan sokongan topik terhangat yang diperbincangkan pengguna Google+ secara menyeluruh, dimana buat masa ini, ia hanya diperlihatkan apabila para pengguna melakukan carian, dan topik terhangat diperlihatkan dibahagian kanan laman tersebut.

Namun begitu, fungsi ini masih lagi tidak diumumkan oleh Google secara rasmi, dan mungkin masih di fasa ujian. Mungkin tidak lama lagi, ia juga turut diintegrasikan pada halaman utama. Namun perkara ini masih tidak dapat disahkan lagi.

Selain daripada topik terhangat ini, Google juga memperkenalkan sokongan untuk tag rakan-rakan pada gambar dengan mudah, dimana kini anda boleh menambah tag nama rakan anda pada gambar, dan memandangkan Google+ mementingkan privasi, rakan anda akan menerima notifikasi untuk mengesahkan perkara tersebut ataupun tidak.

Dengan pengenalan sokongan Google+ Pages pada tempoh hari, kini kelihatan pasukan pembangun Google+ bergerak pantas dengan memperkenalkan satu demi satu fungsi baru. Mungkin lebih banyak fungsi baru akan diperkenalkan tidak lama lagi.


Google Memperkenalkan Tema Untuk GMail
Offline GMail Di Perkenalkan Oleh Google Kepada Semua
Google Mula Menghalang Laman Berbentuk Spam
Akaun Zuckerberg Akaun Paling Popular Di Google+
Infografik : Perbandingan Pengguna iOS Dan Android

13 Komen

  1. ZoOL pada 19 Nov 2011

    tag picture? trending? kat mana aku pernah dengar perkataan nie yea.. /sarcasm

    • Ekspresi Ruang pada 19 Nov 2011

      guna kedua2 feature FB n Twitter. yg ni br smart move.

      • Danzat pada 19 Nov 2011

        +1

        • ZoOL pada 19 Nov 2011

          haha.. bagi aku fb & twitter dah ckup la.. malas nak add G+ plak..

  2. sinach pada 19 Nov 2011

    makin menarik..ia akan jauh lebih menarik kalo ramai org join..

  3. Haziq pada 19 Nov 2011

    cool.

  4. hanafi bhari pada 19 Nov 2011

    awesome :D

  5. syamilshahimi pada 19 Nov 2011

    With Google+, they tried to offer a different user experience to people. They failed. So they ditch the idea and become like Facebook from day to day. I see what you did there Google.

  6. Chakri pada 19 Nov 2011

    google plus makin maju…. +1 :)

    • Hisyam pada 19 Nov 2011

      +1

  7. ali mamak pada 19 Nov 2011

    kalo nak tag gune circle lg sempoi

  8. Roslan pada 20 Nov 2011

    sokongan padu la…

  9. usahawansyurga pada 20 Nov 2011

    hanya admin hanya boleh stream dekat page google+… itulah masalahnya…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader