Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu fungsi yang dinantikan ramai pengguna adalah fungsi halaman khas untuk perniagaan dan jenama, dan menariknya, hari ini, Google melancarkan secara rasminya fungsi tersebut, dikenali sebagai Google+ Pages. Namun begitu, buat masa ini, fungsi ini masih diperingkat ujian lagi, dan masih belum boleh didaftarkan oleh semua perniagaan ataupun jenama, dan dijangka akan dibuka kepada umum tidak lama lagi.
Sama seperti fungsi Facebook Pages, ia membolehkan sesuatu perniagaan atau jenama berkomunikasi dengan mudah melalui halaman mereka. Dan menariknya, memandangkan ianya turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan Hangout, jenama dan perniagaan juga boleh mengadakan acara-acara menarik secara langsung bersama-sama dengan peminat dan pengguna mereka.
Buat masa ini, Google+ bersama-sama dengan beberapa jenama dan perniagaan telah melancarkan fungsi Google+ Pages ini, dan pendaftaran untuk semua dijangka akan dibuka tidak lama lagi.
Dengan fungsi seperti Hangout yang membolehkan interaksi menjadi lebih interaktif, mungkinkah kita akan melihat para jenama beralih ke Google+ Pages tidak lama lagi?
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Terbaik la Google+. Ini yang saya tunggu-tunggu!
sampai skrg aku still tak paham sgt guna G+. =.= sedeyh.
Amanz.my pasni kena ada satu la G+ Pages..
Imagine: Satu hari nanti, agak-agak dlm iklan dekat TV tu.. tak mustahil keluar perkataan “cari kami di G+”…
apesal xleh lak? aku daftar ok je..
Kita tunggu dan lihat sama ada Google + dapat mendahului facebook atau sebaliknya~
aku dah try g+ fb twitter, semua ada strengh tersendiri. tp facebook advantage sbb kawan2 ramai kt situ.
aku harap g+ jangan melebihi FB buat selama2nya. sebab aku tak suka nak jumpa ‘login g+ untuk dapat RM 1 trillion dengan goyang kaki’
g+ ada kelas tersendiri. biarkan dia sendiri dengan peminatnya.
btw, aku dah ada pages
tapi macam biasa, aku tak tahu nak buat apa haha.
ahhahaa. komen ni aku suka. nice lah!
Facebook vs Google+
Emm…belum berhajat hendak G+ pages. Facebook pages yang ada pun tak terurus lagi.
hari2 bukak google reader tp goole+ malas plak nak bkk
Google+ cuba nak carik identiti sendiri, tapi dalam x sedar, they are trying to be like Facebook. I smell another failed project.