Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin semua sedia maklum yang mana pihak Google Malaysia telah pun memulakan bancian untuk melakukan rakaman Street View yang pertama di Malaysia sebelum ini. Menariknya, kini melalui Tweet yang dilakukan oleh pihak Google Malaysia, mereka mengatakan yang mana kini mereka sedang mengumpulkan data, dan akan aktif seawal pertengahan tahun pertama 2012 kelak.

Namun begitu, lokasi yang menjadi pilihan pertama masih tidak diumumkan lagi buat masa ini. Mungkin setelah penantian sekian lama, kita akan dapat melihat tempat-tempat menarik di Malaysia melalui Google Street View dalam tempoh kurang setahun lagi adalah salah satu berita gembira untuk semua.
Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada tahun hadapan kelak.

8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tu mcm kat area batu caves je..
street view macam susah nak dijalankan di malaysia. masalah trafik yang teruk.
***
indian guy bawa tricycle di batu cave. boleh lumba. lol. kasut dia macam ada spongebob dengan patrick star.
cool..
waaahhh..
blg melancong secara virtual kat m’sia pasni.. hehee
terbaik wok
Tak sabaq tunggu tahun 2012
lepas ni kalau terkena dekat site, tak payah susah2 anik gmbr. semua gmbr jln ade.
jealous nye aku, kat Singapore dah ade streetview.. kenape la Malaysia (esp KL) lambat sgt. hewhewhew