12Nov

(Videografik) Bolehkah Google+ Mengatasi Populariti Facebook?

Google, Web 2.0

Setelah gagal dengan Google Wave, Jaiku dan juga Google Buzz, kini Google sekali lagi mencuba memasuki arena sosial melalui Google+, perkhidmatan rangkaian sosial yang baru daripada gergasi internet Google. Namun, salah satu pertanyaan yang sering ditanya adalah samada adakah gergasi internet Google akan berjaya dengan perkhidmatan Google+ mereka, ataupun sebaliknya?

Buat masa ini, perkhidmatan sosial didominasi oleh Facebook. Namun, akhir-akhir ini, Google mula memperkenalkan satu demi satu fungsi baru, termasuk Google+ Pages yang mana ditujukan khas untuk para pengguna perniagaan ataupun jenama.

Selain daripada itu, salah satu fungsi menarik yang terdapat pada Google+ adalah sokongan Hangout, membolehkan anda membuat panggilan video bersama-sama dengan rakan yang lain dengan mudah. Namun begitu, angka penggunanya masih lagi rendah buat masa ini.

Facebook kini sedang menghampiri angka 1 billion pengguna, manakala Google+ dilaporkan hanya sekitar 50 juta pengguna sahaja. Namun, Google+ meningkat dengan lebih drastik berbanding yang lain, apatah lagi ianya masih lagi pada peringkat beta.

Jadi, persoalannya, adakah Google+ akan berjaya, dan menjadi sama taraf atau melangkaui Facebook?


Twitter Menambah Kotak Tweet Pada Halaman Profail
Transaksi Bernilai Lebih RM10 Juta Berlaku Melalui Lelong.my Setiap Bulan
Laman Nuffnang Ditutup Oleh Pihak Nuffnang Buat Sementara Waktu?
FourSquare Versi Islamik Bakal Diperkenalkan Pembangun Tempatan
Pengguna MegaUpload Bercadang Ingin Menyaman Pihak FBI

25 Komen

  1. nas pada 12 Nov 2011

    tidak sama sekali..

  2. FaizFizy Rosle pada 12 Nov 2011

    susah tp tak mustahil…

  3. amoi pada 12 Nov 2011

    susah kot lepas Google Wave dorang pun failed. Sampai sekarang pun kawan-kawan aku tak tahu langsung pasal G+ ni.

  4. Aikhil pada 12 Nov 2011

    Hehe.. boleh, yp mmg susah sgt.. facebook dh mcm hebat tahap gaban.. sampaikan papan iklan kat tepi highway pun kta leh nmpak lmbang fb.. byk agensi profesional pun ada acc fb ni..

  5. bisyairi pada 12 Nov 2011

    tak mustahil kalo ramai yg promote g+.. n_n

  6. ali mamak pada 12 Nov 2011

    orang x tau sebab maybe penggunanya x ramai. tapi aku percaya google+ bleh g jauh dari facebook ni..

  7. Fikri Adhiey pada 12 Nov 2011

    mustahil sebab nama dia agak tak komersial…. nama takder nilai langsung, pastu interface tak best….kosong jer, then….semua benda google+ nak intergrate ngan produk google….. pastu above 18 baru leh daftar, URL tak menarik…… ade ke patut plus.google.com sepatutnya http://www.smart.com ke baru lah ada nilai skit….hehe. and yg lagi lah…….

  8. kaihnsn pada 12 Nov 2011

    Google+ mmg akan fail sbb sampai hari ni aku tak buat dan takde minat nak pakai Google+. Gmail aku pakai sbb tu Gmail hidup sampai hari ni.

  9. sinach pada 12 Nov 2011

    mungkin payah sikit tapi xmustahil. masa kedatangan facebook dulu berapa ramai yg lambat nk pindah dr frenster. but in the of the day frenster mati. history can repeat itself, nothing impossible. aku pon belom nk berpindah tp dgn byk features2 menarek g+ agak termakan hasutan jugak. mungkin one day ramai yg akan pg ke sana.

    ps: fb byk sgt spam rase mcam nk lempang. function circle dlm g+ mungkin solution yg baik

  10. naz pada 12 Nov 2011

    ramai yang register tapi tak guna. huhu. biasa la, FB pun cemtu awal2 dulu.

  11. yapompiow pada 12 Nov 2011

    belom cuba belom tau!

  12. lanz pada 12 Nov 2011

    bagi aku..g+ ni blh pegi jauh..cuma masa x mengizinkan je..kekeke :D

  13. mdfaizal pada 12 Nov 2011

    Google+ boleh berjaya jika, mereka buat apps yang membolehkan pengguna IMPORT segala maklumat dari akaun facebook mereka.
    Tapi diorang nak buat ke? hehehe

    • sinach pada 13 Nov 2011

      apa maklumat yg nk di import? kalo gambar2 mungkin lah kan.. kalo profile tu isi je la form baruu.kot

  14. Mejuez pada 13 Nov 2011

    Ahahaha video ni nampak sangat macam Google tengah panas dengan Facebook sebab mereka tak dapat beli Facebook sampai sekarang….

    Sebab tu depa wujudkan Google+ nak bersaing dengan facebook..

    Tapi interface Google+ tak berapa nak lawa la…. >_<

    Aku suka facebook lagi minima dan mesra pengguna…

    • kih33 pada 13 Nov 2011

      +1

  15. Omar pada 13 Nov 2011

    Boleh jer kalau diorang taw skope ang marketing yang gempak..

  16. syamilshahimi pada 13 Nov 2011

    No. Just no.

  17. Ismail pada 13 Nov 2011

    susah nak tandingi facebook….hmmm

  18. kyrul pada 13 Nov 2011

    aku still guna facebook. hehe

  19. ahmxn pada 13 Nov 2011

    boleeh!

  20. AMR pada 13 Nov 2011

    google + facebook

  21. syazwan pada 15 Nov 2011

    ramai la org yg x taw psl google+ nieh, boring lak gune…==”

  22. Bo pada 21 May 2012

    google just buy facebook & the war will end


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader