14Nov

Google X – Bahagian Projek Khas Di Dalam Google?

Google

Google sentiasa mengejutkan ramai pihak dengan projek tersembunyi mereka, dimana sehingga kini, pelbagai projek dalaman yang tidak diketahui oleh orang luar. Dan menariknya, kini ia dilaporkan yang mana Sergey Brin, salah seorang pemilik Google sedang mengetuai sebuah bahagian yang dinamakan sebagai Google-X, dimana melaluinya mereka memfokuskan kepada pembangunan pelbagai projek berasaskan kepada masa depan.

Menariknya adalah dimana ramai pekerja Google sendiri yang tidak mengetahui akan mengenai bahagian khas ini, dimana Google benar-benar menjaga akan apa yang sedang dibangunkan oleh mereka. Namun menariknya, ia diperkatakan salah satu produk daripada bahagian Google-X ini mungkin akan diperkenalkan kepada umum pada penghujung tahun ini.

Sebelum ini, pada awal tahun ini, pihak Google telah pun memperlihatkan kenderaan atau kereta yang dipandu secara automatik, selain turut memperlihatkan ianya mampu mengelak segala perkara secara automatik, tanpa perlu dikawal oleh pemandu.

Jadi, sekiranya kereta tersebut masih lagi belum bercirikan futuristik, apakah projek yang akan diperkenalkan oleh Google kelak?


Google Memperkenalkan Blogger Stats Pada Blogger
Google Maps Kini Turut Memperlihatkan Maklumat Cuaca
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 27 Oktober
Google TV 2.0 Membawakan Kemaskini Antaramuka Dan Sokongan Android Market
(Video) Mengapa Android Lebih Baik Daripada iOS

17 Komen

  1. Firdaus pada 14 Nov 2011

    Macam Double agent pun ada Google ni.

  2. lanz pada 14 Nov 2011

    nice.

  3. Arrul pada 14 Nov 2011

    hah…mcm ni leh tdo le klu bwk kete… :D

  4. Beburung pada 14 Nov 2011

    Google XXX

  5. Mejuez pada 14 Nov 2011

    Google makin mantap!

    setiap tahun msti ada benda baru… cayaaalahh…

  6. Jyundoo pada 14 Nov 2011

    adakah akan ada pada masa akan datang bus mcm dalam cite harry porter 3. hehe

  7. iman haikal pada 14 Nov 2011

    terbaiklaah google ni… semua bidang dia dominasi.hehe

  8. amer sparrowhawk pada 14 Nov 2011

    android!

  9. syaf88 pada 14 Nov 2011

    fuio ni dah cam discovery channel

  10. Syukri Lajin pada 15 Nov 2011

    bila kereta google tu nak keluar?.. aku nak software dia letak kat kereta aku.. tadi siang baru langgar kreta orang.. siot..
    futuristic tu mungkin prediction punya benda.. googlekan ada plan nak ramal masa depan.. ataupun mungkin benda tu time machine.. XD

  11. Hisyamz pada 15 Nov 2011

    Hahaha, Google makin maju giler. Nanti jadi macam citer resident evil, company google jadi macam company umbrella. Semua benda kat bumi dia takluk.

  12. Omar pada 15 Nov 2011

    Aku dpt rasakan yg satu hari nanti, tinggal google jer company IT gergasi..

  13. brader pada 15 Nov 2011

    google sentiasa dgn projek2 rahsia.. hehe

  14. syazwan pada 15 Nov 2011

    wow, mmg style la futuristic…da bole da tido tem drive…

  15. huzaimy pada 15 Nov 2011

    ade terdengar desas-desus Google sanggup bayar kepada telco2, network2 provider, aps pubslisher, etc…. to give high/top priority on any connections,applications,protocols that affecting Google applications, softwares, websites,etc…. mmg invest besar2an betul to capture worldwide market to gain more revenue in advertising.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader