02Nov

Sejuta Pengguna – Laman GroupsMore Dimatikan – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Groupon Malaysia

Web 2.0

Dengan pencapaian baru pihak Groupon Malaysia, iaitu bilangan pengguna yang lebih daripada sejuta pengguna, kini mereka mula memfokuskan penjenamaan semula, dimana jenama asal mereka, iaitu Groupsmore telah pun dimatikan, dan kini semuanya merujuk kepada hanya satu laman sahaja, iaitu laman Groupon Malaysia.

Melalui kemaskini ini, kesemua platform Groupon Malaysia akan menggunakan platform yang sama dengan platform yang digunakan oleh Groupon versi antarabangsa yang lain. Perkara ini sekaligus membawakan antaramuka baru pada baucer keluaran mereka, yang masing-masing datang dengan kod-QR masing-masing. Setiap baucer juga kini dihantar terus ke emel anda, memudahkan anda mendapatkan baucer sebaik sahaja pembelian dilakukan.

Selain daripada itu, kini Groupon Malaysia turut didatangkan dengan sokongan PayPal, membolehkan para pengguna membuat pembayaran melalui akaun PayPal. Sebelum ini, sokongan aplikasi iOS juga telah diperkenalkan untuk para pengguna tempatan, membolehkan mereka mengikuti dan membuat pembelian melalui aplikasi tersebut.

Buat masa ini, pihak Groupon Malaysia masih lagi senyap dengan angka rasmi untuk pengguna mereka, dimana sebelum ini, pada minggu lepas, angka terakhir yang diperlihatkan oleh GroupsMore merupakan 925,000 tanpa sebarang kemaskini selepas angka tersebut. Kami percaya yang mana pihak Groupon Malaysia telah pun mempunyai lebih daripada 1 juta pengguna buat masa ini.


Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru
GladlyCast Kini Menyokong Plurk
Kerajaan Bantu IKS Melalui e-Bay
JavaScript Akan Datang Bakal Dikenali Sebagai Harmony
Twitter Mengambil-Alih Posterous

6 Komen

  1. Affan Ruslan pada 02 Nov 2011

    Pergh 1juta registered user. Tahniah

  2. satuduatiga pada 02 Nov 2011

    So far groupon deal merupakan yang terbaik dan mempunyai banyak pilihan.

  3. Sham Hardy pada 02 Nov 2011

    even orang yg keje dalam tuh pun katanya tak tau *koff *koff

    • Wafiq pada 02 Nov 2011

      Eh betul ke dah 1 juta. tak tau pun… :p

  4. naz pada 02 Nov 2011

    1juta email list, dapat convert 1% sehari pun aku dah masyuk. huhuh!

  5. chidori pada 02 Nov 2011

    peh.. masyukkk..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader