Cari @ Amanz

Nampaknya persaingan antara pengeluar peranti pintar akan terus menjadi menarik sepanjang minggu hadapan, dimana kini laporan awal dikeluarkan, memperkatakan yang mana HTC bakal melancarkan telefon pintar empat-teras mereka yang pertama seawal suku tahun pertama tahun hadapan. Namun, spesifikasinya masih diperingkat ura-ura tanpa komen rasmi daripada pihak HTC buat masa ini.

Peranti yang dikenali sebagai HTC Edge itu diperkatakan akan membawakan cip pemprosesan empat daripada keluarga AP30 Tegra 3 yang mana selaju 1.5GHz, serta dijangka akan membawakan skrin sentuh seluas 4.7-inci dan juga kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya. Pada masa yang sama, ia juga dijangka membawakan teknologi audio Beats sama seperti diperkenalkan bersama beberapa peranti HTC sebelum ini.

Dengan spesifikasi yang tinggi ini, HTC Edge juga dijangka akan membawakan Android Ice Cream Sandwich bersama-sama dengannya. Ia dijangka akan mula dijual pada suku tahun pertama atau kedua tahun 2012 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd